KUALA LUMPUR:Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 53,201 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hasil operasi pematuhan dijalankan, seramai 504 individu telah ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini: 

1. 504 individu ditahan atas kesalahan ingkar pematuhan Prosedur Operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Ops Benteng telah menangkap 41 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buah bot/kapal serta tiga buah kenderaan darat.

3.  Penamatan PKPD di Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Asrama Pekerja Westlite 1 dan Westlite 2, Senai, Johor dan Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu, Negeri Sembilan.

4. CIDB melakukan 14,581 pemeriksaan melibatkan 8,261 tapak binaan sejak 20 April 2020.

5. Semalam, 975 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin seluruh negara. 

BACAPKP: 504 individu ingkar SOP ditahan

BACA: Tiga lokaliti PKPD ditamatkan - Ismail Sabri