Sebanyak 54 saman laju dan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang tiga jam berlangsung Operasi Tahun Baharu Cina di Tol Skudai Johor Bahru, pada Jumaat malam.

Tiga pemandu lori dan dua penumpang kereta turut dikesan positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.

Penguatkuasa Lebuhraya Zon Selatan, ACP Huzaili Yaakob berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ops Tahun Baharu Cina kali ini mensasarkan kenderaan perdagangan khususnya bas, dengan 41 bas diperiksa selain 32 lori dan 40 kereta.

Operasi dilakukan MPV Trafik Bukit Aman ini turut disertai cawangan narkotik ibu pejabat daerah Kulai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).