Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 57 kes positif baharu COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,482 kes.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah tersebut, 18 adalah kes import daripada warga Malaysia yang pulang dari luar negara, sementara 39 kes adalah kes penularan tempatan.
Beliau berkata, jumlah kes sembuh dan dibenarkan pulang adalah 54 kes, sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah kumulatif pesakit yang sembuh kepada 3,349 kes atau 61.1 peratus.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,041 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
"Sehingga kini, sejumlah 43 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 27 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam sidang media harian, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan tiga lagi kematian direkodkan akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini mencecah 92 kes atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Kematian terbaharu itu dilaporkan selepas 24 jam Malaysia tidak merekodkan sebarang kematian akibat pandemik tersebut.
"Kes kematian ke-90 (kes ke-2,050) merupakan perempuan warga Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau adalah ibu kepada kes ke-2,053 (yang turut mempunyai gejala pada hari yang sama).
"Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 20 April jam 1.47 tengah hari.
"Kes kematian ke-91 (kes ke-4,090) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 69 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Beliau dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 6 April dan disahkan meninggal dunia pada 21 April jam 2.28 pagi.
"Kes kematian ke-92 (kes ke-5,332) merupakan lelaki warga Malaysia berumur 92 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dementia. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-4,711.
"Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 April dan disahkan meninggal dunia pada 21 April jam 1.30 pagi," katanya.
Hasimi Muhamad
Tue Apr 21 2020
Dr Noor Hisham memaklumkan tiga lagi kematian direkodkan akibat COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini mencecah 92 kes. Gambar - BERNAMA
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.