Kira-kira 6,700 bayi telah didaftarkan di bawah Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan seramai 2.8 juta bayi akan didaftarkan menjelang tahun 2022.

Menurut Najib, ADAM50 memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia terutama golongan wanita.

"ADAM50 menerima 6,700 pendaftaran setakat ini dan kalau ADAM50 berjaya memberi insentif wanita untuk melahirkan lebih banyak bayi dan maka ia dijangka capai 2.8 juta pendaftaran menjelang tahun 2022,"katanya semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Ulangtahun ke-40 PNB dan perjumpaan dengan warga PNB di perkarangan Ibu Pejabat PNB di sini hari ini.

ADAM50 adalah program baharu yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama permodalan nasional berhad kepada semua bayi warganegara malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 januari 2018 sehingga 31 disember 2022.