Sekurang-kurangnya enam cedera manakala 60 lagi penumpang terselamat dalam satu kemalangan antara dua bas ekspres di Kilometer 33 Lebuhraya Karak, menghala ke ibu negara, pada Jumaat.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 6 petang.

Difahamkan, salah sebuah bas hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah bas lain.

Akibatnya, enam penumpang termasuk pemandu bas, cedera.

Kesemua mereka dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.