Jabatan Insolvensi Malaysia berkata seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun telah diisytiharkan bankrap sejak lima tahun lepas.
Sebagai tambahan, 13,338 juga telah diisytiharkan muflis pada September tahun ini.
Perangkaan ini menyerlahkan kepentingan celik kewangan dalam institusi-institusi keluarga, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Pendidikan kewangan, amat penting untuk kestabilan dan kemampanan kepada institusi keluarga yang seterusnya akan membawa kepada pengukuhan dan perbelanjaan berhemat bagi negara ini.
"Saya percaya disiplin fiskal perlu bermula dari rumah. Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka mengenai perkara ini," katanya lagi.
Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian pada perasmian Simposium Celik Kewangan 2018 yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di sini, hari ini.
"Saya difahamkan bahawa beberapa pertubuhan-pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan institusi-institusi kewangan juga telah menjalankan program celik kewangan di sekolah, bertujuan untuk mengajar anak-anak perbezaan antara keperluan dan kemahuan.
"Inisiatif seperti ini harus dipuji dan saya berharap lebih banyak program-program celik kewangan akan dijalankan di kalangan pelajar sekolah," katanya.
Wan Azizah menambah adalah penting bagi agensi-agensi seperti AKPK dan pihak berkepentingan yang lain untuk mengadakan program-program celik kewangan ke atas ibu bapa untuk membolehkan mereka membangunkan pendirian mengenai kewangan yang betul di kalangan anak-anak mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 15 2018
Seramai 13,338 juga telah diisytiharkan muflis pada September tahun ini.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
88 peratus pilih moratorium - AKPK
Daripada jumlah yang memilih moratorium itu, 48 peratus atau 1,124 responden mahu mewujudkan simpanan waktu kecemasan.
Pasca moratorium: AKPK sedia beri khidmat nasihat bayar semula hutang
Agensi itu bersedia membantu mereka yang masih terkesan dari segi kewangan apabila pelaksanaan moratorium tersebut tamat pada 30 Sept ini.
MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta susulan notis penutupan taman tema MAPS akan diberi pampasan.
64,632 rakyat Malaysia bankrap sejak lima tahun lepas
Jabatan Insolvensi Malaysia berkata seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun telah diisytiharkan bankrap sejak lima tahun lepas.
Bank, AKPK akui isu bankrap perlu diberi lebih perhatian - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bincang meja bulat antara bank-bank komersial, Bank Negara Malaysia, AKPK.
BNM tingkat inisiatif celik kewangan rakyat Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meningkatkan inisiatif celik kewangan bagi mempertingkatkan tahap kemahiran kewangan pengguna di Malaysia.
AKPK proses lebih 600 kes peminjam PTPTN sejak Februari
Menurut Pengurus Besarnya, Azman Hasim, pada masa sama jumlah individu yang mendapatkan khidmat nasihat AKPK secara keseluruhan meningkat tiga peratus tahun ini.
BNM akan selaraskan kriteria pinjaman perumahan
BNM) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan industri perbankan bagi menyelaras kriteria meluluskan pembiayaan perumahan dan meningkatkan kemampuan pemohon.
Kadar individu dengan masalah kewangan masih terkawal
Kadar individu yang berdepan dengan masalah kewangan dan sukar membayar hutang masih berada pada tahap terkawal.
AKPK alternatif penyelesaian hutang
Bank Negara mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)sebagai alternatif penyelesaian hutang. Ikuti laporan khas Najib Mat Aroff.