Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) oleh kontinjen polis Perak dalam tempoh lima tahun.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata polis Perak menjalankan 35 operasi di pelbagai lokasi sepanjang tempoh itu dengan 26 tangkapan tahun ini, 15 tangkapan (2014), tujuh tangkapan (2013), 10 tangkapan (2012) dan 13 tangkapan (2011).
"Antara jenis-jenis tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran adalah mengikut Tatacara dan Kaedah di bawah Seksyen 12, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 15 dan Seksyen 15A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Tindakan di bawah Seksyen 26A, Seksyen 26B, Seksyen 26C dan Seksyen 26D akta yang sama boleh dikenakan bagi kesalahan penyeludupan migran," katanya menjawab soalan lisan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) berhubung tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap kes penyeludupan dan pemerdagangan manusia pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Zambry juga berkata Memorandum Persefahaman Malaysia dan Thailand yang diadakan pada 2010, telah menggariskan suatu bentuk kerjasama antara kedua-dua negara bagi membendung serta membasmi jenayah ini, khususnya bagi negeri yang bersempadan dengan Thailand termasuk Perak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata kerajaan negeri telah mengadakan program pembangunan usahawan antaranya projek fertigasi dan projek nanas yang telah dirangka bersama Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) di kawasan seluas 16 hektar di Lekir, Manjung.
"Projek ini dijangka bermula awal tahun depan dengan kaedah dan pelaksanaannya melibatkan belia siswazah sebagai peserta," katanya menjawab soalan lisan Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN-Lintang) berkaitan program pembangunan belia di negeri ini.
Shahrul Zaman berkata bagi mencapai objektif membangunkan belia dari sudut modal insan dan ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan negeri tahun ini telah merangka laksana beberapa program berkaitan antaranya kursus kepimpinan organisasi tahap satu dan dua melibatkan 1,280 peserta seluruh negeri dan program bina insan belia dengan 320 peserta.
"Bagi bidang ekonomi pula, antaranya menganjurkan kursus asas keusahawanan dengan penyertaan 30 orang, latihan kemahiran tidak formal dengan penyertaan 330 belia seluruh negeri dan program perantis dengan 80 peserta belia," katanya.
Bernama
Thu Nov 19 2015
polis Perak menjalankan 35 operasi di pelbagai lokasi sepanjang tempoh itu dengan 26 tangkapan tahun ini, 15 tangkapan (2014), tujuh tangkapan (2013), 10 tangkapan (2012) dan 13 tangkapan (2011). - Gambar Fail
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
71 tangkapan dalam operasi pemerdagangan manusia di Perak
Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) oleh kontinjen polis Perak dalam tempoh lima tahun.