Lapan daripada 30 peserta demonstrasi #TangkapNajib yang ditahan semalam dibebaskan selepas permohonan reman polis ditolak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad 21 ditahan reman sehingga esok manakala seorang ditahan kerana memiliki mercun dalam perhimpunan yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur pada Sabtu.

Kesemua 30 yang ditangkap semalam ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan di mana sesiapa yang menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang, hukumannya boleh dipenjara untuk tempoh sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.

Berikut adalah senarai nama 8 orang yang dibebaskan selepas permohonan reman di Balai Polis Jinjang Kuala Lumpur :

1.Chang Lih Kang

2.Tan Kar Hing

3.Er Teck Hwa

4.Saw Hock Hin

5. Annie Ooi Siew Lan

6. Azira Aziz

7. Valerie Mohan Das Chandra Mohan

8. Asiah Bad Latif

LIHAT: ALBUM FOTO DEMONSTRASI DI SOGO KUALA LUMPUR BERAKHIR DENGAN PENAHANAN

Meskipun mendapat bantahan dari pihak polis, gabungan kumpulan anak muda yang dikenali sebagai "Demi Malaysia" tetap mengadakan demonstrasi #TangkapNajib seperti yang dirancang di hadapan pusat membeli-belah KL Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu.

Perhimpunan itu juga kurang mendapat sambutan apabila sebelum ini penganjur mensasarkan penyertaan dari lebih 500 individu sekitar ibu negara namun berdasarkan pemerhatian Astro AWANI, hanya kira-kira 50 individu berada di situ pada jam 1.30 petang semalam.