KUALA LUMPUR:Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 tertinggi hari ini, dengan 2,525 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

1. Kes keseluruhan kini sebanyak 113, 010 dengan kes aktif sebanyak 23,598.

2. Daripada jumlah itu, 13 merupakan kes import.

3. Selangor kembali mencatat kes tertinggi dengan 1,205 kes, diikuti Sabah dengan 299 kes dan Melaka dengan 239 kes.

4. Lapan kematian direkodkan hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian sehingga kini kepada 471.

5. Lima kluster baharu dikesan hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)