POLIS telah menahan 82 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu, seramai 75 individu telah dikompaun, enam direman dan seorang dijamin pada Isnin, 28 September 2020.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri serta aktiviti dalam pub dan kelab malam.

Berikut lima fokus utama kenyataan media berkaitan PKP pada Selasa, 29 September 2020:

1) PDRM telah menahan 82 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 75 individu telah dikompaun, 6 direman dan 1 dijamin.

2) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk penjarakan fizikal (46), tidak memakai pelitup muka (23), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (12), serta aktiviti dalam pub/kelab malam (1)

3) Semalam (28 September 2020), Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 29 PATI dan 2 penyeludup.

4) Sejak 24 Julai sehingga 28 September 2020, seramai 37,133 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 Hotel dan 10 premis lain.

5) Pegawai penguat kuasa KPDNHEP telah melakukan 948 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 933 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.