Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran 90 peratus guru di Sarawak terdiri daripada anak tempatan menjelang 2019 berbanding 81 peratus pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata langkah itu akan mewujudkan kelompok guru yang stabil, sekali gus menyelesaikan masalah warga pendidik yang sebelum ini memohon mahu pulang untuk berkhidmat di negeri asal mereka.
Selain itu, katanya, kerajaan akan membangunkan semula sekolah-sekolah daif di luar dan pinggir bandar di Sarawak supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar.
Misalnya, katanya, pembangunan semula Sekolah Kebangsaan Sungai Ladong dilengkapi dengan kemudahan serba moden dapat disedikan dalam tempoh tujuh minggu menerusi penggunaan teknoloji Sistem Binaan Industri (IBS).
Perdana menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian tablet berserta perisian Tutor Guru dan E-Paper Utusan Malaysia kepada guru-guru, di sini, hari ini.
Hadir sama, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Najib berkata penggunaan tablet itu mampu melonjak proses pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang tinggi.
Untuk tujuan itu, sejumlah 42,000 guru sekolah rendah, menengah dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah di Sarawak akan menerima tablet berserta perisian di bawah projek perintis ini, katanya.
"Projek perintis ini akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat supaya warga pendidik dapat menyampaikan kandungan pembelajaran dengan lebih kreatif," katanya.
Beliau juga berkata komitmen kerajaan untuk memajukan pendidikan di Sarawak memerlukan dua dimensi utama iaitu pembangunan kepada prasarana fizikal dan kemudahan rangkaian internet yang baik serta pembangunan modal insan.
"Kalau salah satu (dari dua dimensi itu) kita tidak buat, maka tempanglah pembangunan pendidikan di Sarawak," katanya.
Najib berkata program pembangunan pendidikan di Sarawak mampu dilaksanakan dengan perkongsian antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Beliau berkata segala idea baharu, perancangan dan kerjasama kerajaan persekutuan dan negeri adalah penting bagi memperkasakan bidang pendidikan negara.
Sementara itu, Mahdzir berkata pencapaian literasi dan numerasi murid-murid di Sarawak membanggakan apabila literasi bahasa Melayu mencatat 97.2 peratus manakala bahasa Inggeris 92.3 peratus, yang merupakan antara pencapaian tertinggi di seluruh negara.
"Di peringkat kebangsaan, kita berjaya merapatkan jurang pencapaian sebanyak 31.6 peratus berdasarkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sarawak melangkah lebih jauh kerana berjaya merapatkan jurang sebanyak 43.7 peratus, katanya.
Bernama
Thu May 05 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat perisian tablet pada Majlis Pelancaran Tablet Berserta Perisian Tutor dan E-Paper Utusan Malaysia kepada guru Kementerian Pendidikan hari ini. - Foto Bernama
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
KGBS gesa KPM tambah bilangan guru di Sarawak
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengisi kekurangan guru di Sarawak dengan segera.
90 peratus guru anak tempatan di Sarawak menjelang 2019 - Najib
Perdana Menteri berkata langkah itu akan mewujudkan kelompok guru yang stabil, sekali gus menyelesaikan masalah warga pendidik.