KUALA LUMPUR:Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu seramai 95 individu telah dikompaun manakala tiga lagi direman oleh Task Force Operasi Pematuhan.

Beliau juga menjelaskan sebanyak 84 sekatan jalan raya telah dilaksanakan dalam Operasi Benteng pada 29 September.

Berikut adalah lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri pada 30 September:

1) 98 individu telah ditahan oleh Task Force Operasi Pematuhan, 95 individu dikompaun dan 3 lagi direman.

2) Antara kesalahan PKP yang dilakukan ialah aktiviti dalam pub dan kelab malam, penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka, gagal melunaskan caj kuarantin dan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri.

3) Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 34 PATI dan 4 penyeludup.

4) Sejak 24 Julai sehingga 29 September 2020, seramai 37,452 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan telah ditempatkan di 67 Hotel dan 11 premis lain termasuk Institut Latihan Awam (ILA).

5) Op Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 10,159 operasi sanitasi merangkumi 135 zon.