KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat suntikan semangat apabila 95 buah hospital swasta bersetuju untuk membantu kerajaan dalam merawat pesakit COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sesi libat urus antara kedua-dua pihak itu adalah satu perkembangan baik yang melibatkan pertukaran dan perkongsian tenaga pakar termasuk aset yang ada ketika negara berusaha keras melandaikan lengkuk pandemik tersebut.
"Kita baru mulakan libat urus dengan mereka Sabtu lalu dan kita dapati, 95 dari 130 hospital yang berkemampuan merawat pesakit COVID-19, bersetuju untuk sama-sama dalam hal ini.
Sehingga kini, kita mempunyai 1,286 katil termasuk 65 di Unit Rawatan Rapi, 54 buah mesin ventilator selain bantuan dari 66 pakar perubatan.
"Kita juga menggunakan Ordinan Darurat yang membolehkan tenaga pakar, petugas dan aset seperti bekalan ubat yang dipinjamkan dari swasta ke swasta, awam ke awam atau sebaliknya," katanya dalam satu taklimat media darurat COVID-19 bersama KKM secara maya.
Ditanya sama ada Ordinan Darurat yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini membantu KKM dalam mengurangkan peningkatan kes COVID-19, Dr Noor Hisham berkata ia sangat berguna dalam membentuk kerjasama dengan hospital swasta khasnya apabila ada kes-kes kecemasan.
Jelasnya, Ordinan Darurat telah memperkasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dalam berdepan masalah jangkitan penyakit yang kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu saja selain kini lebih tinggi tersebar menerusi sporadik berbanding kluster.
"Akta 342 ini dibuat sewaktu 1988 yang dahulunya tidak dimasukkan negeri, cuma kawasan tetapi ia boleh digunakan untuk kecemasan seperti penggunaan tenaga pakar awam ke swasta.
"Kita tidak gunakan kekerasan (paksaan) dengan hospital swasta sehingga membawa kepada mahkamah, sebaliknya 'soft approach' dalam membentuk kerjasama di samping melihat kepada keupayaan yang mereka ada," tambahnya.
Sementara itu, Dr Noor Hisham juga berkata sistem penjagaan kesihatan negara berada di takat putus dan sebab itu amaran dibangkitkan awal bulan ini susulan kapasiti hospital yang ada bagi menampung pesakit COVID-19.
Beliau berkata integrasi dan kerjasama antara penyedia perkhidmatan kesihatan swasta dan hospital kerajaan boleh mengurangkan kesesakan pesakit.
"Strategi kami adalah untuk mengurangkan kes. Sekarang kita mempunyai ruang yang cukup untuk memenuhi keperluan pesakit. Kami berharap dalam masa dua minggu akan datang, kami dapat mengurangkan dan menstabilkan keadaan.
"Rancangannya adalah untuk mengurangkan dan mengawal keadaan dan berharap sistem penjagaan kesihatan kembali kepada normal," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kanan Setor Pengurusan Bencana, Wabak, Krisis dan Kecemasan KKM Dr A.Maheshwara Rao yang turut menyertai taklimat itu berkata aplikasi MySejahtera diwujudkan untuk memberi kesedaran tentang kes COVID-19 termasuk notifikasi berkenaan radius terdekat dengan seseorang pengguna.
Jelasnya, notifikasi itu bukanlah untuk menakutkan pengguna sebaliknya memberikan peringatan dan kesedaran tentang pentingnya aspek penjagaan diri dan prosedur operasi standard (SOP) di mana sahaja mereka berada.
"Malah, apabila ada kes yang berdekatan dengan pengguna, hal ini disebarkan di dalam Twitter dan platform lain.
"Ini pada saya, satu petanda bahawa masyarakat peka akan kes berhampiran mereka," katanya dan menambah aplikasi itu akan dikemas kini dalam masa 72 jam untuk tujuan penambahbaikan.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya mengemas kini maklumat diri serta mengaktifkan 'push notification' supaya dapat mengetahui maklumat dan hebahan terkini dan sehingga kini, aplikasi itu sudah dimuat turun oleh 27,313,193 pengguna melibatkan 1.5 juta premis perniagaan berdaftar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 25 2021
Dr Noor Hisham juga berkata sistem penjagaan kesihatan negara berada di takat putus dan sebab itu amaran dibangkitkan awal bulan ini. -Bernama
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pengarah syarikat dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan esok - Ketua Polis Selangor
Pengarah syarikat yang mendakwa pemilik bagasi berisi wang RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta dijangka hadir memberikan keterangan esok.
Bernas ceriakan Aidilfitri pesawah asnaf
Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menceriakan 45 asnaf dan komuniti pesawah sempena Aidilfitri tahun ini.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
Inisiatif Gema Ramadan Menyantuni Penuh Ikhlas adalah sebagai inisiatif untuk menyumbang kepada masyarakat dengan menekankan fokus strategik ke atas impak yang lebih bermakna, melangkaui Tanggungjawab Sosial Korporat semata-mata.
[TERKINI] Mahkamah Tinggi arah Isa dan Emir bayar RM3.31 juta
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada FGV Holdings Berhad.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
Cebisan kain dalam martabak: KKM keluar notis kompaun terhadap peniaga cuai
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan lanjut melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) turut mengenal pasti beberapa kesalahan dilakukan pemilik gerai.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM), yang berjaya mendapatkan bayaran balik RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator yang tidak berfungsi.
8,803 kompaun lebih RM2 juta dikeluarkan atas kesalahan merokok, kawalan demam denggi
Sebanyak 8,803 kompaun bernilai lebih RM2 juta dikeluarkan KKM pada bulan lepas atas kesalahan merokok dan kawalan demam denggi.
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Sabah rekod kes jangkitan tibi tertinggi pada 2023 - KKM
Sebanyak 22,680 kes iaitu 84.7 peratus merupakan jangkitan dalam kalangan warganegara, manakala 4,101 kes iaitu 15.3 peratus dalam kalangan bukan warganegara.
Polis sahkan kematian wanita di hotel tidak libatkan unsur jenayah
Polis mengesahkan kes kematian seorang wanita di sebuah bilik hotel di sini pada awal pagi tadi tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
KKM larang penjualan produk coklat jenama Slymchoco atau Slymochoco
Semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial hendaklah menghentikan penyiaran iklan makanan itu.
JKN Perak mulakan siasatan berhubung dakwaan doktor lakukan gangguan seksual di HRPB
Satu surat layang diterima pihak JKN Perak melalui pos pada 28 Februari lepas, dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 29 Februari.