Seorang lelaki berumur 35 tahun maut selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh abangnya sendiri.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam pada Ahad di hadapan sebuah kedai makan di Pantai Remis, Perak.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman yang mengesahkan kejadian itu berkata kejadian berpunca daripada pertengkaran di antara suspek dan ibu mereka berkaitan bil elektrik kedai makan yang tertunggak.

Mangsa menghampiri dan memukul suspek yang ketika itu sedang mengemas dapur kedai makan, dipercayai menggunakan senjata tajam.

Mangsa kemudiannya melarikan diri ke luar kedai dan dijumpai terbaring dalam keadaan kepala berlumuran darah di lantai kaki lima premis berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan di kepala mangsa.

Jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk bedah siasat.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.