Ketua Menteri Sarawak yang baharu Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang amat menghormati Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, memilih untuk mengulas mengenai rancangan dan dasarnya selepas berakhirnya tempoh berkabung bagi bekas ketua menteri itu.
Ketika ditemui media selepas mengangkat sumpah sebagai ketua menteri keenam di Astana, kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak di sini, pada Jumaat, beliau keberatan mengulas mengenai perkara itu.
"Kita masih berkabung untuk Allahyarham Tan Sri Adenan. Saya akan keluarkan kenyataan dan bertemu media selepas berakhirnya tempoh (tujuh hari) berkabung.
"Namun, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan rakan-rakan dari Barisan Nasional atas keyakinan mereka terhadap saya untuk memimpin negeri ini," katanya.
Abang Johari juga enggan menyatakan bila beliau akan mengumumkan senarai kabinetnya.
"Buat masa ini, dan sekali lagi kerana menghormati Allahyarham Adenan, status quo itu kekal," katanya.
Allahyarham Adenan, yang menyandang jawatan ketua menteri hampir tiga tahun, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan, dekat sini pada Rabu.
Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari sehingga Selasa depan. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 13 2017
Datuk Amar Abang Johari memilih untuk mengulas mengenai rancangan dan dasarnya selepas berakhirnya tempoh berkabung. - fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Pelaksanaan jalan raya di luar bandar ambil masa lebih 3 tahun - Abang Johari
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari menegaskan, sistem jalan raya dan pembangunan yang mantap
Saau Kakok dilantik CEO PETROS
Pengalaman luas dalam aktiviti penerokaan huluan industri minyak dan gas di seluruh dunia antara kriteria utama pelantikan Saau Kakok, 64 tahun.
Petronas sambut baik penubuhan Petros
Petronas mengalu-alukan penyertaan Petros atau mana-mana syarikat milik negeri lain yang mahu melibakan diri dalam sektor minyak dan gas.
Sarawak tidak setuju rancangan pengagihan cukai pelancongan
Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mengembalikan RM1 daripada setiap RM10 cukai yang dikutip daripada pelancong asing untuk penginapan setiap bilik.
KM Sarawak selar Salahuddin Ayub berhubung Perjanjian Malaysia
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini membidas timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub yang mendakwa tindakan kerajaan negeri ini menghantar peguam ke London berhubung Perjanjian Malaysia 1963.
BN Sarawak diterima kerana dasar baik dan sama rata - Abang Johari
BN Sarawak menerima sokongan semua kaum termasuk Cina pada PRN tahun lepas kerana ia menampilkan dasar-dasar yang baik dan sama rata.
Sarawak berunding dengan KDN dan Kementerian Luar isu 170 pekerja Korea Utara
Kerajaan negeri sedang berunding dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Luar berhubung kedudukan 170 pekerja warga Korea Utara di Sarawak.
Lesen balak jangka pendek di Sarawak dikeluarkan melalui proses tender - Abang Jo
Berkuat kuasa serta merta, pengeluaran lesen balak jangka pendek di Sarawak akan dikeluarkan hanya melalui proses tender bagi memastikan ia dijalankan secara telus.
Guru interim di Sarawak yang gagal temuduga SPP diberi peluang kedua - Mahdzir
Kira-kira 202 guru interim di Sarawak yang gagal dalam sesi temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) baru-baru ini diberi peluang untuk temuduga kedua Jun depan.
Ketua Menteri sedang berusaha selesaikan isu tanah penduduk Sungai Limo - Unggah
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu tanah melibatkan penduduk Kampung Sungai Limo, Sempadi di sini.