Walaupun bertukar Kerajaan Persekutuan, sebanyak 56,000 penerima bantuan kebajikan negeri Sarawak menarik nafas lega apabila Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Tun Openg memberi jaminan kerajaan negeri akan mengambil alih tanggungjawab itu jika bantuan berkenaan ditamatkan.

Tegas Ketua Menteri, Kerajaan Negeri Sarawak meneruskan bantuan berkenaan tanpa mengambil kira peralihan kerajaan pemerintah.

"Kita sentiasa melihat kepentingan perkara bersama dan bersedia sebarang kemungkinan.

"Jika Kerajaan Persekutuan hentikan bantuan, kita ambil alih kerana Sarawak memiliki sumber cukup untuk tujuan itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media selepas menghadiri Majlis Sumbangan Bungkusan Aidilfitri untuk pasukan keselamatan di sini sebentar tadi.

Lebih 8,000 bungkusan diagihkan kepada 10 agensi keselamatan yang bertugas sepanjang Aidilfitri ini.

Lebih 8,000 bungkusan diagihkan kepada 10 agensi keselamatan yang bertugas sepanjang Aidilfitri ini.

Sarawak mempunyai 56,000 penerima bantuan atau klien kebajikan yang melibatkan warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya, golongan miskin dan pelbagai golongan lain.