Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg menyangkal dakwaan bahawa negeri itu akan menjadi muflis dalam masa tiga tahun lagi.
Menurut beliau, dakwaan tersebut telah dibuat tanpa mengambil kira pendapatan Sarawak daripada pelbagai sumber seperti minyak dan gas di samping kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus kewangannya dengan cemerlang.
Dakwaan itu, katanya, turut dibuat hanya berasaskan kepada Belanjawan 2019 negeri yang berjumlah RM11 bilion.
"Kita ada pendapatan daripada dividen, royalti, premium dan hasil cukai. Tahun ini saya akan laksanakan cukai ke atas eksport minyak dan gas sebanyak 5 peratus yang memberi pendapatan RM3 bilion kepada Sarawak," katanya, dan menambah, Sarawak mempunyai hak ke atas minyak dan gas di negeri itu.
Berucap pada majlis sambutan Gawai Raya dan pelancaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) Zon 10 di Rumah Panjang Kalang, Ulu Bayan Ulu, Jalan Mukah-Selangau dekat sini hari ini, beliau berkata pendapatan yang diperoleh negeri pada 2018 adalah sebanyak RM7 bilion.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di Kuching semalam berkata Sarawak mungkin muflis dalam tempoh tiga tahun lagi.
Menurut Lim, dengan belanjawan tahunan sebanyak RM11 bilion, rizab RM30 bilion Sarawak akan habis dalam masa tiga tahun.
Katanya Sarawak mungkin mengalami nasib seperti Kelantan, yang menyaksikan kerajaan negeri berkenaan tidak mampu membayar gaji kakitangannya kerana pentadbiran yang lemah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
ABANG JOHARI: Tahun ini saya akan laksanakan cukai ke atas eksport minyak dan gas sebanyak 5 peratus yang memberi pendapatan RM3 bilion kepada Sarawak. Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.
Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.
Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.
GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.
Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.
Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.
SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.
Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.