Pesakit kanser otak tahap empat, Syamil Nur Iman Mohd Nazri, 10, telah kembali ke rahmatullah, petang semalam.

Arwah meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang di Hospital Setiu setelah dimasukkan ke hospital tersebut, Selasa lalu.

Jenzah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol selepas selesai solat jenazah jam 5.30 petang.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan Naib Johan Hafazan Peringkat Negeri 2017 Kategori Sekolah Rendah, Syamil Nur Iman, bertarung nyawa melawan penyakitnya apabila disahkan menghidap kanser otak tahap empat, Januari tahun ini.