Usaha memastikan keselamatan dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing merupakan antara agenda utama yang akan diberi perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara lain yang akan turut diberi perhatian ialah usaha mengurangkan kadar jenayah dan membanteras penyalahgunaan dadah serta hal berkaitan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri yang dijangka diadakan Rabu ini, kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 menteri kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada Isnin.
"Hasrat saya ialah memastikan keselamatan dan keamanan negara sentiasa terjamin selain melaksanakan tugas yang diamanahkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita mahu aspek keselamatan menjadi sebahagian daripada perkara yang ditekankan kepada rakyat. InsyaAllah saya akan laksanakan apa yang terbaik," kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau teruja dengan kepercayaan yang diberi Tun Dr Mahathir bagi mengemudi kementerian berkenaan.
"Fokus saya adalah pendekatan yang menyeluruh. Pertama untuk mendapatkan pandangan yang makro sebelum kita menjurus secara spesifik.
"Terdahulu saya sudah berhubung dengan beberapa pegawai termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min bagi sesi taklimat esok," jelasnya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata antara agenda utama yang akan diberi perhatian dalam tempoh 100 hari janji Pakatan Harapan adalah Skim Peduli Sihat, selain menekankan bahawa kementerian itu akan mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 22 2018
Kerajaan mahu aspek keselamatan menjadi sebahagian daripada perkara yang ditekankan kepada rakyat. - Foto Bernama
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Surat layang: FAM mahu buat laporan polis
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung penyebaran 'surat layang' yang memburukkan kepimpinan dan pengurusan badan induk itu baru-baru ini.
Agenda keselamatan dan keamanan, pekerja asing fokus KDN - Muhyiddin
Usaha memastikan keselamatan dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing merupakan antara agenda utama yang akan diberi perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).