Agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah di negara ini, dinasihatkan bersedia dan berfikiran terbuka dalam menerima pelaksanaan e-visa (elektronik visa) oleh Kerajaan Arab Saudi yang bermula bulan ini.
Presiden Persatuan Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ia kerana langkah itu dilihat tidak akan merugikan agensi pelancongan terbabit berikutan umat Islam di negara ini hanya perlu membayar RM573 (bayaran visa umrah dan muassasah), setahun.
"Sebelum ini Kerajaan Arab Saudi mengenakan bayaran RM2,300 kepada jemaah yang ingin mengerjakan umrah berulang kali setiap tahun.
"Tetapi dengan bayaran yang rendah menerusi perlaksanakan visa itu, ia membolehkan rakyat negara ini menikmati kemudahan keluar masuk ke Arab Saudi selama setahun serta boleh tinggal di sana tidak melebihi 90 hari," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Terdahulu, satu taklimat berhubung perkara itu diadakan di Hotel De Palma, Seksyen 19, di sini, yang disertai pengusaha agensi pelancongan dan umrah.
Beliau berkata, pemilihan Malaysia selain Brunei dalam pelaksanaan e-visa itu oleh kerajaan Arab Saudi, merupakan satu keistimewaan yang perlu dihargai.
"Pengusaha syarikat pelancongan membabitkan ibadah umrah ini, perlu melihat perkara ini secara positif dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata memandangkan Kerajaan Arab Saudi hanya memilih dua negara Islam sahaja.
"Kita percaya Malaysia dipilih untuk kemudahan ini berikutan pengurusan operasi umrah kita lebih teratur dan rakyat kita yang berdisiplin serta bersopan santun ketika mengerjakan ibadah itu," katanya.
Katanya, selain itu rakyat yang memiliki e-visa terbabit, boleh melancong ke mana-mana tempat menarik di Arab Saudi tanpa sebarang sekatan, selain daripada hanya menunaikan ibadah umrah.
Menerusi tawaran e-visa itu juga, ia dapat merancakkan lagi sektor pelancongan negara.
Sebelum ini buat pertama kalinya, Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH) mengumumkan melancarkan e-visa itu yang dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia.
Pemberian e-visa itu hanya diberikan kepada 49 negara yang mana Malaysia dan Brunei merupakan dua negara Islam sementara selebihnya adalah termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 08 2019
Razali (kiri) bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qattan ketika hadir pada majlis penerangan mengenai Visa Pelancongan ke Arab Saudi kepada wakil-wakil agensi pelancongan di Shah Alam, 8 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Melaka kerjasama dengan 80 agensi pelancongan di Filipina tarik 12,000 pelancong
Kerjasama dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia.
Jemaah umrah rugi RM600,000 ditipu agensi pelancongan
Lebih 80 jemaah umrah mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM600,000 selepas ditipu sebuah agensi pelancongan.
Isu borong tiket penerbangan tidak berlaku di Sarawak
Oscar Choo berkata. setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang aduan mengenai perkara itu.
Batal lesen agensi pelancongan jika langgar peraturan - MOTAC
MOTAC telah menjalankan siasatan mengenai dakwaan terdapat beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.
Jemaah haji terkandas: Lima kertas siasatan lengkap, kerugian cecah RM5.67 juta
Sebanyak 132 laporan polis telah diterima di seluruh negara.
Pesara kerugian RM38,000 dakwa ditipu agensi pengurusan haji
Pemilik agensi beri pelbagai alasan dan gagal menempah tiket penerbangan pengadu sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.
Jemaah haji terkandas: 'Jutaan maaf, kami sudah cuba sedaya upaya terbangkan jemaah' - Agensi pelancongan
Menurut pihak UC Travel, sebarang kenyataan akan dikeluarkan selepas berbincang bersama peguam mereka.
Bakal haji dapat Visa Furada diingatkan guna khidmat PJH berlesen dengan TH sahaja
Sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan dilantik untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi mengurus pemergian jemaah haji ke Tanah Suci.
Tiket penerbangan tidak wujud, pemilik syarikat agensi pelancongan didenda RM3,000
Pemilik syarikat agensi pelancongan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memperdayakan seorang wanita warga tempatan.