Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat sempena Hari Pertabalan baginda di Masjid Putra di sini malam ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 7.30 malam itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut berangkat Pemangku Sultan Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra.
Majlis sejurus solat Maghrib itu dimulai dengan solat hajat, diikuti bacaan Yasin dan doa selamat dengan dipimpin Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Kira-kira 2,000 umat Islam turut serta menghadiri majlis tersebut.
Antara kenamaan lain yang turut menyertai majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Imam Besar Masjid Putra Datuk Abd Manaf Mat.
Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis tahun lepas.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, 24 April ini. -- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2017
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membaca surah Yasin sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke XV di Masjid Putra malam ini. --fotoBERNAMA
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.
Nad Zainal kritikal di ICU, rakan artis ajak peminat berdoa, anjur bacaan Yasin
Doktor sahkan paru-paru Nad dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer.
PRN Johor: SPR adakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat
SPR hari ini mengadakan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi memohon kelancaran proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
ISWAMI anjur bacaan Yasin, doa selamat untuk kesihatan Tun M
Wartawan kanan dari Malaysia dan Indonesia serta wakil dari Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta turut menyertainya.
Banjir: Umat Islam diseru adakan solat hajat, bacaan Yasin
Umat Islam di seluruh negara diseru melaksanakan solat sunat hajat dan membaca surah Yasin bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara, susulan bencana banjir yang melanda negara.
Rezeki Siti Sarah, 300 orang solat jenazah ghaib buat Allahyarham di Masjidilharam Mekah
Shuib panjat kesyukuran kerana rezeki Siti Sarah mendapat keistimewaan dan layanan yang baik pada hujung usia isterinya itu.
PPj anjur bacaan Yasin secara maya esok
Majlis diadakan bertujuan memohon perlindungan Allah agar Malaysia serta Putrajaya khususnya diakhiri segera dari musibah pandemik COVID-19.
Najib hadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Razak
Majlis yang diadakan ketika genap 42 tahun pemergian Tun Razak pada hari ini, dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda perdana menteri Tun Rahah Mohamed Noah.
Agong berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena pertabalan
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada 7.30 malam itu disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Najib sertai majlis bacaan Yasin sempena Maal Hijrah di Masjid Negara
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan orang hadir di Masjid Negara untuk menyertai majlis bacaan Yasin pada Selasa malam sempena Maal Hijrah 1437H/2015M.