Agong bertemu kembali dengan rakan sekolah

Agong bertemu kembali dengan rakan sekolah
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan beramah mesra dengan rakan-rakan sekolah baginda pada majlis Tea Party Sekolah St Thomas Alumni di Istana Negara. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Selepas berpuluh tahun terpisah, akhirnya Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli bertemu rakan-rakan sepersekolahan baginda.

Mereka dipertemukan kembali dalam satu majlis minum petang bersama alumni Sekolah St. Thomas, Kuantan di Istana Negara pada Sabtu.
Baginda Al-Sultan Abdullah ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kira-kira 70 orang hadirin terdiri daripada bekas guru, rakan sekelas dan sedarjah baginda bersama dalam majlis tersebut.

Baginda bertitah, walaupun sudah menjadi pemimpin tertinggi negara, baginda tidak pernah melupakan rakan-rakan sepermainan dan saat-saat indah bersama ketika di sekolah dahulu.


BACA JUGA: 'Terkejut saya tengok payung kuning, rupanya...' - Mangsa kemalangan dibantu Agong


Tag: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri yatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Al-Sultan Abdullah, Agong, alumbi, Sekolah St Thomas, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah, sekolah, Istana Negara


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.