Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan kekaguman terhadap pencapaian Putrajaya yang sering mendapat pujian dan hebat diperkatakan pemimpin negara asing.
Berkongsi kisah pertemuan bersama pemimpin asing ketika berkenan menyempurnakan Kongres Perancangan Bandar Kebangsaan 2019, di sini hari ini, menurut Seri Paduka, terdapat pemimpin asing yang berhasrat mempelajari pencapaian atau perancangan Putrajaya.
"Saya ingin berkongsi sedikit, apabila saya bertemu dengan ketua-ketua negara kebelakangan ini, ada juga pemimpin-pemimpin negara asing khususnya ketua-ketua negara yang telah menyatakan tentang betapa cantiknya Putrajaya.
"Dan ini satu point yang harus kita semua rasa bangga kerana ada juga di antara mereka yang menyuarakan hasrat untuk mempelajari pencapaian atau perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan," titah Seri Paduka dengan disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Ketika bertitah, Al-Sultan Abdullah turut berkongsi kisah bahawa baginda hanya dapat mengenali Putrajaya dengan lebih dekat sejak menjadi Yang di-Pertuan Agong.
"Saya mengaku saya orang kampung. Bila masuk bandar, perasaan saya begitu terharu. Dan sudah tentu Putrajaya ini, memang satu bandar yang baharu bagi saya. Kalau saya tidak memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong mungkin saya tak tahu sangat bandar Putrajaya ini. Setahun sekali (datang Putrajaya) pun mujurlah," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan penduduk Putrajaya supaya memiliki sikap yang bertepatan dengan konsep Putrajaya iaitu sebuah bandar pintar sebagaimana masyarakat di negara maju.
"Kita harap orang yang tinggal dalam bandar pintar ataupun bandar raya pintar ini adalah orang yang pintar. Yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi, disiplin yang tinggi dan mempunyai toleransi yang tinggi.
"Saya baru balik dari Jepun. Sempat tengok dan dapat dengar pandangan (masyarakat Jepun) dan saya begitu teruja dengan sikap mereka. Harap kita (rakyat Malaysia) dapat mengikuti dan mencontohi orang yang dikatakan lebih maju daripada kita," titahnya.
Baginda turut menzahirkan hasrat berkenan untuk mencemar duli ke sambutan ulang tahun ke-25 Putrajaya pada tahun hadapan.
"Janganlah lupa menjemput saya. Bolehlah saya bersama-sama meraikan hari yang bersejarah itu dengan rasa bangga," titah Al-Sultan Abdullah.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dalam ucapannya pada majlis itu berkata antara anugerah yang telah dimenangi Putrajaya dalam bidang perancangan bandar ialah Bandar Mampan Malaysia 2018, Bandar Pelancongan Bersih ASEAN 2018, Bandar Lestari ASEAN 2016 dan 2014.
Tasik Putrajaya pula diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai satu daripada warisan dunia iaitu World Eco-hydrological Site.
Kongres dua hari yang bermula semalam itu diadakan bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Dunia. Bertemakan 'Smart Partnership in the Digital Era', kongres itu dianjurkan bersama oleh Perbadanan Putrajaya dan Pertubuhan Perancang Malaysia serta rakan strategik seperti Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan universiti awam. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 05 2019
Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar penerangan mengenai konsep bandar menggunakan tenaga solar semasa melawat ruang pameran Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia di Putrajaya pada Selasa. - Gambar BER
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Pahang zahir dukacita kejadian lempar bom petrol
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan kejadian serangan bom petrol di cawangan KK Mart di Sungai Isap, Kuantan.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.
Utamakan titah Al-Sultan Abdullah agar jaga perpaduan - Fahmi
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai aspek perpaduan dalam negara harus diutamakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Yang di-Pertuan Agong sentiasa zahir ucapan terima kasih kepada juruterbang, anak kapal
Kapten Ahmad Najhan Mohd Jamil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga memiliki keperibadian sama.
Istiadat keberangkatan balik yang tidak dapat dilupakan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 har
Ribuan rakyat Pahang sambut keberangkatan balik Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah
Mereka yang datang dari serata daerah berkumpul di lokasi ditetapkan termasuk Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibuka khusus kepada orang ramai.
PM Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Raja Permaisuri
Menerusi catatan di Facebook, Anwar turut mendoakan Seri Paduka berdua dan paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja diberikan keafiatan.
Jemaah Menteri menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan sentiasa dikenang sebagai raja yang berjiwa rakyat dan ketua negara yang komited menyelesaikan segala cabaran dihadapi negara.
Al-Sultan Abdullah catat lembaran sejarah baharu, unik - PM
Pemerintahan Seri Paduka Baginda yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat.