Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad ke V bersedia untuk memberi pengampunan penuh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad berkata, Sultan Muhammad V telah memberi bayangan itu kepada Lim Guan Eng dalam pertemuan semalam.

"Ketika dalam perbincangan, baginda menyatakan kesediaan memberi pengampunan terhadap Datuk Seri Anwar, dengan segera.

"Bagaimanapun, kita perlu melalui proses yang betul. Proses pengampunan ini juga akan diikuti dengan pembebasan Anwar.

"Selepas itu, Anwar bebas untuk menyertai politik," kata Dr Mahathir dalam satu sidang media di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Kita ada berjanji dalam manifesto yang kita akan laksanakan 10 janji utama dalam masa 100 hari, antaranya adalah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).