Ahad minggu pertama pada Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa yang sebelum ini diasingkan kini digabungkan bermula tahun ini.
"Sambutan Hari Ibu dan Bapa adalah bagi menghargai komitmen mereka dalam mendidik dan membesarkan anak.
"Kesungguhan dan komitmen ibu bapalah yang membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera," ucap beliau pada sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Ibu dan Bapa Anugerah Terindah' di Dewan 2020, di sini hari ini.
Dalam pada itu, menyedari hakikat jumlah wanita bekerjaya kini semakin meningkat dan memberi impak kepada institusi kekeluargaan, pihaknya akan menubuhkan Majlis Penasihat dan Perundingan Kesejahteraan Keluarga Negara (MPPKKN) pada Ogos ini.
"Satu daripada lima wanita bekerja alami masalah untuk mengimbangi peranan di antara kerjaya dan keluarga.
"Masalah utama dihadapi wanita bekerja ialah meluangkan masa bersama keluarga, penjagaan anak dan kurang masa untuk diri sendiri," kata Wan Azizah.
Beliau berkata Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga 2016 juga mendapati tahap hubungan kekeluargaan di Malaysia masih pada tahap sederhana.
Wan Azizah berkata beliau sendiri akan mempengerusikan MPPKKN, yang akan bertindak sebagai badan penasihat dan perunding utama kepada kerajaan mengenai isu-isu kekeluargaan.
"Majlis itu juga akan meningkatkan komitmen dan penglibatan pelbagai pihak untuk mengutamakan perspektif keluarga dalam segala usaha pembangunan sosio-ekonomi termasuk penguatkuasaan undang-undang, dasar dan perkhidmatan serta kemudahan mesra keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 26 2018
Sambutan Hari Ibu dan Bapa Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Ibu dan Bapa Anugerah Terindah'. - Gambar hiasan
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Ahad minggu pertama Julai sambutan 'Hari Ibu dan Bapa'
Ahad minggu pertama pada Julai setiap tahun diisytiharkan sebagai sambutan Hari Ibu dan Bapa.