Ahli Parlimen yang masih enggan mengisytiharkan harta mereka pada 5 Disember ini boleh dianggap menghina Dewan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Liew yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang berkata di bawah Perintah Parlimen, Ahli Parlimen boleh didenda RM1,000 atau digantung daripada Dewan.
"Sudah cukup notis diberi kepada mereka dan mereka masih enggan memfailkan pengisytiharan harta mereka. Maka pihak Speaker (Dewan Rakyat) dapat mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada National Stakeholders Consultation on the Right to Information Legislation, di sini hari ini.
Dilaporkan tidak seorang pun Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan harta mereka manakala semua ahli Parlimen Pakatan Harapan telah membuat pengisytiharan.
Tarikh akhir pertama untuk pengisytiharan harta ialah 1 Oktober dan kemudian dilanjutkan pada 5 Disember.
Liew berkata, rakyat berhak mengetahui harta wakil rakyat mereka.
"Sebaik anda mahu menjadi wakil rakyat, maklumat anda diketahui orang ramai. Tidak ada privasi lagi. Mereka yang ingin menjadi YB harus mengorbankan isu itu. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia," katanya.
Liew berkata sebahagian daripada Ahli Parlimen mungkin telah lupa, Dewan telah meluluskan usul pengisytiharan harta pada Julai dan usul itu telah dibahaskan oleh semua Ahli Parlimen.
Pengisytiharan harta itu diumumkan oleh Speaker dengan salinan akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu dalam ucaptama beliau, Liew berkata antara sebab mengapa Ahli Parlimen enggan mengisytiharkan harta mereka disebabkan faktor keselamatan.
"Mereka takut ahli keluarga mereka mungkin berisiko diperas ugut atau diculik," katanya.
Liew berkata, Ahli Parlimen Pakatan Harapan telah membuat pengisytiharan sejak Oktober 2018 dan ia telah dipaparkan di laman web SPRM untuk tontonan awam.
"Setakat ini belum ada satu kes pemerasan atau penculikan membabitkan mana-mana menteri dan Ahli Parlimen atau ahli keluarga mereka," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 27 2019
Ahli Parlimen yang masih enggan mengisytiharkan harta mereka pada 5 Disember ini boleh dianggap menghina Dewan, kata Liew Vui Keong. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.