Seorang ahli perniagaan di Miri hampir menjadi mangsa Macau Scam apabila didakwa terlibat dalam kes bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, lelaki berusia 52 tahun itu membuat laporan polis semalam apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya anggota polis Johor.

"Pengadu telah terima panggilan daripada nombor telefon 07-2254522 mengatakan pengadu terlibat dalam kes bunuh dan waran tangkap telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata, pengadu bertindak pantas menafikan terlibat dalam mana-mana kes jenayah seperti didakwa pemanggil berkenaan.

"Pengadu juga tidak membuat sebarang pembayaran (seperti diminta pemanggil) dan tidak mengalami sebarang kerugian," katanya.

-- BERNAMA