"Saya tidak akan melayan apa-apa tuduhan atau serangan peribadi terhadap saya. Itu bukan tugas saya nak jawab semua tohmahan. Apa sahaja cerita, fitnah saya tidak kisah, yang penting saya nak bawa masa depan Kedah," tegas Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
"Biarlah mereka selagi ia tidak mengganggu tugas saya sebagai Menteri Besar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi BN negeri dalam menghadapi PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," jelas beliau berhubung pelbagai dakwaan negatif terhadapnya sebagai Menteri Besar Kedah sejak memegang jawatan itu dua tahun lalu.
Katanya pelbagai dakwaan terutama yang dibawa oleh pembangkang adalah tidak tepat kerana pembangkang hanya mahu mengelirukan rakyat dengan tuduhan yang direka-reka dan fitnah.
"Rakyat kena tengok, lepas itu dengar, lepas dengar buat penilaian. Pembangkang cuba kelirukan rakyat dengan pelbagai tuduhan, bukan saja isu negeri tapi isu persekutuan juga," katanya dalam wawancara khas dengan Bernama di sini.
Wawancara khas itu dikendalikan Penolong Editor Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Kamarul Ariffin Md Yasin, Ketua Biro Bernama Kedah Zabidi Ishar dan wartawan Hasnah Jusid, Nurrul Huda Ahmad Luthfi serta Ima Aimi Nadia Ibrahim.
Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Feb 2016, selepas Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan setelah hilang sokongan majoriti di DUN.
Beliau berkata tumpuan kerajaan negeri hanya kepada rakyat kerana UMNO dan BN Kedah pernah mengalami pengalaman pahit apabila tewas pada PRU 2008 dan hilang kuasa sebagai kerajaan negeri, dan kerana itu mereka mahu memastikan peristiwa seperti itu tidak berulang pada PRU kali ini.
"Saya pesan dah dua tiga kali (kepada pimpinan UMNO dan BN), PRU 2008 dulu kita kalah, kita pernah mengalami kekalahan, bagaimana rasa jadi pembangkang di Kedah. Jadi jangan ulang perkara yang merugikan kita dan menyusahkan rakyat Kedah," katanya.
Beliau berkata selepas BN memenangi kembali Kedah pada 2013, harapan rakyat terhadap BN adalah tinggi tetapi semuanya memerlukan perancangan jangka masa panjang untuk dilaksanakan.
"Jangan nafikan apa (usaha untuk rakyat) yang kita buat, tapi ada yang cuba kelirukan rakyat dia kata tak buat apa. Saya nak habaq (beritahu) ada projek sudah 'take off' (dimulakan), ada yang sudah dirancang dan dilaksanakan, kita nak supaya depa (mereka) sekali lagi beri kepercayaan (pada PRU14)," katanya.
Ahmad Bashah berkata sejak memegang jawatan Menteri Besar Kedah, beliau telah memperkenalkan konsep 'Muafakat Kedah' yang akan menjadi wadah dalam membawa masa hadapan Kedah.
"Kalau semua rakyat berpakat, semua orang bermuafakat segala perancangan dan apa kita harap boleh berlaku dan boleh kita laksanakan...sebab itu kita perlu permuafakatan dalam konteks apa pun. Konsep dulu usung rumah, rumah kita boleh ubah dari satu tempat ke satu tempat kerana konsep muafakat.
"Jadi tidak mustahil kalau kita hendak berjaya permuafakatan paling penting... lepas itu rakyat kena ada kepercayaan dan keyakinan baru boleh dengan perancangan," katanya.
Antara usaha terpenting yang dilakukan kerajaan negeri yang diterajui Ahmad Bashah dalam membantu kehidupan rakyat di negeri ini adalah memperkenalkan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) bagi meringankan beban keluarga miskin dalam menangani peningkatan kos sara hidup.
"Kita buat program ini kita salur kepada rakyat, Barakah ini menyeluruh, kita tengok keperluan rakyat sekarang ini. Kita nampak dari segi kos sara hidup, barang dapur, nak berniaga, pinjaman perniagaan yang itu pun dalam Barakah. Maknanya kita nak tengok keperluan.
"Barakah ini disalur seluruh Kedah, beg sekolah, basikal, cermin mata kepada 150,000 warga emas yang perlu cermin mata..jadi kita tidak kira siapa.. tidak kisah parti politik. Saya sudah minta JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), jangan pilih bulu kalau patut ditolong bukan hanya Melayu..Cina, India, bukan Melayu," katanya.
Barakah, yang dilancarkan selepas dua bulan Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar menyelaraskan sumbangan dan bantuan rakyat Kedah dan disalurkan kepada golongan sasar menerusi lima komponennya - Barakah Insan, Barakah Kemasyarakatan, Barakah Usahaniaga, Barakah Anak Muda serta Barakah Pendidikan dan Modal Insan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2018
Ahmad Bashah bersama kanak-kanak yang menerima beg sekolah pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat 'Kembali ke Sekolah' anjuran sebuah hotel di Alor Setar pada Disember 2017. - Gambar fail
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah menang selesa Ketua Bahagian Alor Setar
Kemunculan semula Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ke pentas politik diterima baik apabila menang sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar dalam pemilihan yang berlangsung pada Sabtu.
Bekas MB Kedah Syed Razak meninggal dunia
Syed Razak meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi di sebuah hospital swasta di Sungai Petani.
Bukan mahu jadi calon PRN, hanya bantu kukuhkan parti - Ahmad Bashah
Beliau berkata, kemunculan semula bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Setar adalah untuk membantu mengukuhkan UMNO, bukannya merebut jawatan dengan sesiapa.
Banjir Baling: Bekas MB Kedah akui beri kelulusan ladang durian musang king
Ahmad Bashah menegaskan kelulusan itu bukan bertujuan untuk pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku.
Contohi semangat juang Pas - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah berkata, sebagai parti pembangkang, UMNO harus segera belajar menjadi pembangkang yang berkesan dengan menjadikan Pas sebagai contoh terbaik.
Mukhriz setuju sandang jawatan Presiden KFA
Keputusan dibuat selepas mengambil kira permintaan, reaksi dan maklum balas penyokong Lang Merah yang dibuat menerusi kaji selidik dalam laman sosial sebelum ini.
10 ADUN Kedah dijangka angkat sumpah jawatan Exco Selasa ini
Mukhriz berkata sebelum istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan, setiap anggota akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan baginda.
Setiausaha Kehormat KFA letak jawatan
Aminuddin berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu dalam sehari dua ini kepada pihak pengurusan KFA bagi membolehkan pemilihan baharu bagi jawatan itu dibuat.
Jangan terpengaruh dakwaan pembangkang dakwat mudah ditanggalkan
Suruhanjaya Pilihan Raya telah membuat kajian sebelum menggunakan dakwat tersebut bagi memastikan proses pengundian dijalankan secara telus.
Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah
Watikah pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.