Pendapatan rakyat dijangka meningkat lebih tinggi dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang hasil pelbagai dasar yang diperkenalkan kerajaan termasuk inisiatif-inisiatif yang dicadang dalam Bajet 2018 yang dibentang Jumaat lalu.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN-Tambun) berkata kerajaan telah menetapkan sasaran untuk meningkatkan pendapatan rakyat kepada 42 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selari dengan negara-negara maju.
"Saya bersama Bank Negara membuat kajian pada 2009 dan kita dapati kenaikan harga barang sebelum tahun itu cukup tinggi tetapi kenaikan gaji kita cukup rendah, jadi dengan inisiatif seperti terkandung dalam bajet ini hasratnya adalah untuk menaikkan gaji rakyat.
"Dulu gaji kita berbanding KDNK adalah 33 peratus dan kemudian naik kepada 35 peratus dan hasrat kita adalah untuk meningkatkannya kepada 42 peratus supaya sama dengan negara-negara maju," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Husni yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan II dari tahun 2009 hingga 2016, menyatakan keyakinan menerusi Bajet 2018 dan bajet-bajet akan datang, kenaikan pendapatan rakyat akan meningkat.
Beliau berkata semua pihak termasuk pembangkang perlu menyokong bajet itu kerana ia mengandungi inisiatif-inisiatif untuk membangunkan negara yang akan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira latar belakang.
"Saya menjadi Menteri Kewangan Kedua dari 2009 hingga 2016. Saya tidak mahu cakap besar kerana saya ingin menyatakan Bajet 2018 adalah yang terbaik yang diperkenalkan di negara ini sebab kita berdepan dengan gelombang ekonomi dunia yang persaingannya begitu tinggi tetapi kita berjaya menghasilkan bajet yang begitu holistik," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Husni berkata semua pihak harus mengakui bahawa pembangunan positif yang dikecapi Pulau Pinang dan Selangor adalah hasil pelaksanaan dasar di peringkat persekutuan seperti Pelan Transformasi Ekonomi yang telah membantu negara menghadapi cabaran ekonomi dunia.
Katanya kedua-dua negeri itu adalah sebahagian daripada Malaysia dan secara tidak langsung menikmati kesan pelaksanaan dasar-dasar yang diperkenalkan di peringkat persekutuan.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2017
Ahmad Husni berkata semua pihak harus mengakui bahawa pembangunan positif yang dikecapi Pulau Pinang dan Selangor adalah hasil pelaksanaan dasar di peringkat persekutuan. - Gambar fail
TPM mahu lebih ramai anak muda sabah diberi pendidikan TVET
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu lebih ramai anak muda di Sabah diberi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi menampung permintaan tenaga mahir daripada pelabur asing atau domestik di negara ini.
Warga emas melecur kebakaran dua rumah di Kota Belud
Wanita warga emas melecur dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, petang Sabtu.
Budak perempuan 7 tahun maut dua kenderaan bertembung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Persiaran Indah Utama, Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu.
Kerajaan dan Tabung Haji utamakan keselamatan jemaah haji
Mohd Na'im menjelaskan, kerajaan Arab Saudi juga berusaha memastikan urusan menunaikan rukan Islam kelima berjalan lancar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 April 2024.
10 Berita Pilihan - (20 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini
Tumpuan Ahad - 21 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lebih 300 tahanan asing dihantar pulang
Kerajaan Chile menghantar pulang 53 pendatang asing atas pelbagai kesalahan sebagai sebahagian daripada program pengusiran dengan penerbangan khas oleh Tentera Udara Chile.
Seorang tentera Iraq terkorban, lapan lagi cedera
Seorang tentera Iraq terkorban manakala 11 yang lain cedera selepas Pangkalan Tentera di tengah Baghdad menjadi sasaran bom pada Jumaat malam.
Tujuh lemas bot terbalik di Odisha, India
Tujuh mangsa bot terbalik di Sungai Mahanadi, Odisha ditemukan pasukan penyelamat pada hari kedua misi mencari dan menyelamat.
Najib tidak ambil apa-apa tindakan - Saksi
Ahmad Husni, 70, berkata beliau akan mengambil tindakan segera, dan mendakwa pindahan itu akan akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan kerajaan.
Perbicaraan 1MDB: Shafee, bekas Menteri Kewangan II 'bertikam lidah'
Perbicaraan 1MDB Najib bermula tegang pagi ini dengan peguam utamanya terlibat dalam perbalahan dengan saksi, bekas Menteri Kewangan II ketika itu, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Najib tidak mahu saya masuk campur urusan 1MDB - Ahmad Husni
Ahmad Husni, 70, berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009.
Bung Moktar mohon kelulusan labur RM150 juta dalam unit amanah daripada Kementerian Kewangan
Bung Moktar dan beberapa ALP lain bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak RM50 juta dalam unit amanah itu.
Najib akui ada berhubung dengan Jho Low 'beberapa kali'
Najib mengakui beliau ada berhubung dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low beberapa kali, berkenaan operasi akaun bank peribadinya.
Tuduhan Husni diperlakukan sekadar 'office boy' satu jenaka - Najib
Tuduhan Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa beliau diperlakukan sekadar office boy adalah satu komedi, kata Najib Razak.
Kes SRC Najib: Pendakwaan tutup kes, mahkamah dengar hujah 22 Okt
Pendakwaan menutup kesnya terhadap Najib selepas pemeriksaan balas saksi terakhir, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Rosli Husain.
Kes SRC: Husni akui tipu media berhubung alasan peletakan jawatan untuk lindungi Najib
Husni memberitahu pihak media bahawa peletakan jawatan itu tiada kaitan dengan syarikat SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun sebaliknya.
Pemindahan SRC ke MKD tidak libatkan pembayaran tunai - Saksi
Datuk Mat Noor Nawi, 64, berkata kaedah yang dinyatakan di dalam deraf memorandum pemindahan tersebut adalah bayaran interim daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada kerajaan.
Surat SRC International mohon pinjaman RM3.95b dari KWAP hanya dua muka surat - Saksi
Amirul Imran berkata surat bertarikh 3 Jun 2011 dan ditandatangani Pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil itu memohon pinjaman bagi tujuan modal pusingan dan pelaburan am tanpa had.