Datuk Ahmad Maslan hari ini mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Pontian.

Ia juga merupakan momen bersejarah yang menyaksikan beliau buat pertama kali mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pembangkang.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, Ahmad berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pontian selepas memperoleh 21,132 undi.

Beliau mengalahkan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini yang memperoleh 20,299 undi dan calon PAS, Baharom Mohamad yang mendapat 4,295 undi.



BACA: KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang

BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh

BACA: Mohamad Ariff jamin jadi Speaker bebas daripada pengaruh luar