BERDASARKAN statistik penggunaan bekalan air domestik, secara purata pengguna di Selangor mencatatkan penggunaan air domestik sebanyak 222 liter per kapita sehari.
Selaras dengan sasaran pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi mencapai purata penggunaan domestik 180 liter per kapita sehari pada tahun 2020, Air Selangor mengambil inisiatif melancarkan satu kempen bagi memupuk sikap jimat air dalam kalangan pengguna.
Kempen bertema “Be a Water Conservation Warrior” ialah inisiatif Air Selangor bagi memupuk sikap jimat air dalam kalangan pengguna.
Menurut Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, sesetengah pengguna dilihat tidak peka akan penjimatan air meskipun menanggung bil domestik berlebihan.
Jika sikap ini berterusan, ini bukan hanya merugikan pengguna sendiri malah kelestarian sumber air juga akan terkesan, ujar Amirudin.
"Kerajaan juga ingin membudayakan penggunaan air yang berkualiti dan sihat melalui penjimatan air.
"Angka itu sangat jelas, kadar purata penggunaan air sehari di Selangor jauh lebih tinggi daripada rakan-rakan negara jiran kita di Singapura dan Thailand.
"Kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi memastikan kelestarian bekalan air dan meningkatkan rizab margin dengan menaik taraf kemudahan infrastruktur bekalan air seperti pembinaan loji rawatan air, penggantian paip dan sebagainya."
Justeru, kerajaan negeri menerusi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd melancarkan kempen Jimat Air dengan tema “Be a Water Conservation Warrior.”
Kempen kesedaran Jimat Air akan dijalankan di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh Selangor dengan melibatkan kerjasama wakil rakyat, agensi kerajaan serta penduduk.
Malah bagi memastikan langkah itu berjaya, Air Selangor turut memberikan bidal iaitu alat mengurangkan penggunaan air secara percuma semasa kempen dijalankan.
Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Suhaimi Kamaralzaman, inisiatif ini diambil bagi meningkatkan kesedaran pengguna menghargai air dan memupuk budaya jimat air.
Air Selangor menyasarkan pengurangan sebanyak 5 liter per kapita sehari dalam tempoh tiga tahun. Bagi menarik perhatian masyarakat untuk sama-sama menjayakan kempen jimat air ini, pertandingan "Be a Water Conservation Warrior", mencipta Video dan Poster Jimat Air turut dilancarkan.
Pengguna hanya perlu menghasilkan video atau poster kreatif bertajuk "Jimat Air" dan muat naik video atau poster berkenaan di akaun Facebook atau Instagram masing-masing serta masukkan tanda pagar #beawaterconservationwarrior serta tag FB atau Instagram Air Selangor.
Hadiah hebat berupa peralatan jimat air bernilai lebih RM200,000 menanti pemenang dengan video atau poster paling kreatif.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.airselangor.com atau Facebook/Instagram Air Selangor.
Fareez Azman
Thu Oct 17 2019
Secara purata pengguna di Negeri Selangor mencatatkan penggunaan air domestik sebanyak 222 liter per kapita sehari.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
Selangor sedia kerjasama, kukuh keberkesanan PADU - MB
Kerajaan Negeri Selangor sedia bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi bagi menyempurnakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Stoking kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Mart
Amirudin Shari berkata pihak KK Mart perlu membuat penjelasan terperinci kepada kerajaan negeri, terhadap insiden yang mengguris hati umat Islam itu.
Notis kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu dimaklum dalam masa terdekat
Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu dijangka dimaklumkan kepada Pejabat Speaker DUN Selangor pada Isnin depan.
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji
Bantuan khas kewangan Aidilfitri itu akan disalurkan pada 8 April depan.