AirAsia menafikan khabar angin yang mengatakan enjin pesawat Penerbangan AK538 yang dijadual berlepas dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh mengalami kebakaran.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengesahkan bahawa pesawat tersebut telah mengalami isu teknikal ketika ditunda dari tempat parkir.

"Tiada kebakaran yang berlaku. Dan tiada penumpang atau krew kami yang mengalami apa-apa bahaya.

"Kesemua penumpang diarahkan ke pesawat baru yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 3.16 petang," kata kenyataan itu lagi.