AirAsia menawarkan penerbangan percuma ke destinasi domestik terpilih di Semenanjung Malaysia dalam menyokong usaha Ormond Group yang menawarkan penginapan percuma untuk petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata ia sebagai menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan HKL yang telah bekerja keras menjaga kesihatan rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19.
"Dalam semangat #InThisTogether, kami gembira dapat bekerjasama dengan Ormond Group dan menawarkan penerbangan percuma ke destinasi domestik di Semenanjung Malaysia kepada petugas barisan hadapan HKL.
"Kesemua mereka merupakan wira dan wirawati negara sepanjang penularan wabak ini, dan kami ingin mengucapkan terima kasih," kata Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan.
Sementara itu, Ormond Group akan turut menawarkan penginapan satu malam percuma kepada petugas kesihatan yang sama di hotel terkemuka miliknya The Chow Kit-An Ormond Hotel.
Di samping itu, ia juga akan memberi diskaun 30 peratus kepada semua petugas kesihatan, anggota polis dan tentera yang terlibat dalam usaha memerangi COVID-19 untuk menginap di mana-mana hotel miliknya.
"Kami terhutang budi dengan mereka, ini hanyalah perkara kecil yang kami lakukan sebagai tanda penghargaan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group, Gareth Lim.
Tawaran itu adalah lanjutan sokongan Ormond Group terhadap petugas kesihatan di Tune Hotels PWTC, setelah menempatkan 200 kakitangan HKL ketika situasi COVID-19 melanda sepanjang 45 hari lepas.
Ia merangkumi sejumlah 4531 malam penginapan, ditaja oleh badan amal sekutunya, Yayasan ECM Libra.
Ormond Group adalah syarikat hospitaliti dengan visi mencipta pengalaman positif yang mempengaruhi cara hidup, bekerja dan menginap.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
AirAsia menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan HKL yang telah bekerja keras menjaga kesihatan rakyat Malaysia ketika penularan wabak COVID-19. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.