AirAsia X hari ini mengumumkan bahawa akan berkerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan misi bantuan untuk membantu rakyat Nepal susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Sabtu lepas.

Syarikat penerbangan itu akan menawarkan penerbangan percuma dari hari ini hingga 10 Mei, bergantung pada kekosongan tempat duduk, kepada NGO yang bertauliah.

Badan bukan kerajaan yang berminat untuk mengambil peluang ini boleh menghantar permohonan mereka kepada AirAsia Foundation at [email protected].

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Datuk Kamarudin Meraun berkata pihaknya sedih dengan malapetaka yang melanda Nepal.

“Kami turut bersedih dengan apa yang berlaku dan berjanji akan membantu mengurangkan kesusahan yang dihadapi mangsa dan berdoa untuk keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan media tersebut.

GALERI FOTO:Pasca gempa bumi di Nepal