KOTA KINABALU:Seorang ahli jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tuaran disahkan meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 pada Jumaat.

Muat naik di laman facebook Armada Bersatu Negeri Sabah mengesahkan jenazah dikebumikan pada jam 4.40 petang di Tanah Perkuburan Islam Serusup pada Sabtu.

Mangsa merupakan antara enam kematian yang diumumkan di Sabah akibat jangkitan COVID-19.

Muat naik tersebut turut menyifatkan ia sebagai satu kehilangan seorang pemimpin, pejuang dan sahabat Bersatu.