Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan selain terpaksa menghadapi persaingan hebat daripada platform digital.
Mengambil contoh penerbitan akhbar di negara luar, bekas Pengarah Pemasaran Kumpulan NSTP, Prof (B) Abdul Rahim Mohd Saleh yang yakin akhbar di negara ini mampu kekal berdaya saing, berkata pada sekitar tahun 1920 sehingga 1950, akhbar berdepan pelbagai cabaran daripada radio, industri perfileman dan televisyen, untuk mengekalkan pendapatannya.
"Pendapatan akhbar dari segi jualan dan iklan mulai turun merundum pada tahun 20-an tetapi akhbar bertahan juga, dapat hidup sehingga tahun 30-an dan dapat mengatasi kewujudan radio.
"Akhbar kemudian dicabar pula oleh industri filem pada tahun 30-an dan untuk kekal, akhbar telah terbit ruangan filem yang mengetengahkan filem-filem yang diterbitkan dan mempopularkan seniwati dan seniman Hollywood dan akhbar kembali laris.
"Pada tahun 50-an datang pula televisyen dan pendapatan akhbar sekali lagi merundum tetapi akhbar menyambut cabaran itu dengan melakukan seperti mana dilakukan untuk filem sehinggalah akhbar maju sehingga tahun 80-an," katanya di sini, hari ini.
Beliau, yang juga bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata demikian dalam program Dialog Krisis dan Masa Hadapan Akhbar di Malaysia dianjurkan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini.
Program dua jam itu dihoskan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, yang juga Karyawan Tamu FKP, Datuk Mior Kamarulbaid Mior Shahid selaku moderator manakala Abdul Rahim, Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Editor Malaysia Indicator, Sosongko Yudho sebagai ahli panel.
Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, untuk kelangsungan, setiap organisasi akhbar mestilah membangunkan industri baharu seperti mana yang dilakukan akhbar Kosmo! yang menumpukan kepada industri Umrah Travel dan setakat ini berjaya mendapat pengiklanan daripada tiga syarikat pengiklan yang besar.
"Jadi kalau akhbar-akhbar boleh melihat industri baharu, binalah supaya anda boleh membangun bersama mereka," katanya.
Sementara itu, Zulkefli berkata kewujudan industri digital bukan sahaja mengganggu industri akhbar, bahkan semua industri.
"Jika dahulu, bank adalah antara institusi yang banyak mengiklan kepada akhbar dan 10 tahun kebelakangan ini mereka tidak lagi mengiklan dalam akhbar kerana mereka telah ada instrumen atau platform mereka untuk berhubung dengan pelanggan mereka. Jadi akhbar sudah menjadi tidak relevan kepada mereka.
"Sejak lima tahun kebelakangan ini, kerana kedatangan digital itu semakin meluas, orang sudah bertukar cara membaca," katanya sambil menambah bahawa industri media cetak kini bertungkus lumus mencari model perniagaan baharu yang lebih mampan untuk menyaingi gelombang digital. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Industri penerbitan akhbar mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan. - Gambar hiasan
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
Media cetak mampu bertahan untuk tempoh sedekad lagi atau lebih - Wartawan veteran
Aspek mampu bertahan yang dimiliki akhbar amat penting berbanding sifat tidak kekal kewartawanan dalam talian.
New Sabah Times melabuhkan tirai
Penurunan mendadak dalam edaran akhbar dan hasil iklan adalah sebab utama penutupan syarikat itu.
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
KLWBC2020: Akhbar dan sastera
Penganjur aktiviti sastera dan bahasa juga wajar menyediakan bajet promosi dengan menaja terutama BH Ahad dan mengedarkan dalam majlis sastera yang dianjurkan.
Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Dr Mahathir ucap terima kasih pada media
Tun Dr Mahathir hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media, kerana telah menyumbang kepada menjadikan dunia lebih baik.
Harap Utusan timbang semula keputusan - Kula Segaran
Syarikat akhbar itu disaran mencari alternatif lain lantaran keputusan itu melibatkan kebajikan pekerja.
Akhbar fizikal terus hidup jika terbit kandungan berkualiti
Dr Shahrul Nazmi Sannusi yakin sesebuah akhbar itu mampu bertahan sekiranya kandungan yang diterbitkan itu berkualiti.
Akhbar di Malaysia masih ada masa depan - bekas pensyarah
Industri media cetak di negara ini masih mempunyai masa hadapan meskipun ketika ini berhadapan dengan keadaan suram dari segi jualan dan pengiklanan
Bekas pekerja akhbar milik Samy Vellu tuntut gaji, pampasan RM1.36 juta
Mereka juga mendakwa Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran gagal membela nasib mereka.
Tradisi membaca boleh selamatkan surat khabar - Johan Jaaffar
di negara-negara maju tradisi membaca yang kuat itu menyebabkan akhbar-akhbar utama yang mempunyai kreadibiliti dapat bersaing dengan sosial media.