Biarpun media baharu dikatakan menguasai generasi pembaca masa kini, akhbar sebagai media arus perdana mampu berperanan dalam menangani ancaman berita palsu.
Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesahihan dan fakta daripada sumber tulen membuatkan akhbar atau media cetak yang wujud sekian lama, masih relevan untuk dibeli dan dibaca oleh masyarakat umum.
"Sekarang ramai orang mendapatkan berita melalui online menggunakan telefon bimbit atau peranti sedangkan mereka tidak pasti sebenarnya banyak kes yang dilaporkan tidak benar dan palsu.
"Malah ada beberapa portal yang menukarkan isi kandungan berita mereka setiap beberapa jam setelah mendapatkan semula fakta sebenar," katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.
Semalam, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang membuat gesaan kepada rakyat Malaysia untuk terus membeli dan membaca akhbar sebagai tanda sokongan serta manifestasi membalas jasa yang begitu besar dimainkan akhbar dalam pembangunan rakyat dan negara.
Ketika berucap pada jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-45 Kesatuan Pekerja-Pekerja Bernama di sini, malam Sabtu, Azman berkata usaha membeli akhbar bernilai sekitar RM1 dan RM1.50 dapat menyuntik semangat baharu kepada pekerja akhbar untuk terus berkhidmat selain memperbaiki kandungan masing-masing.
Sementara itu, Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata akhbar juga boleh dijadikan dokumen rasmi untuk disimpan dan dijadikan bukti penting, tidak seperti maklumat dalam talian yang senang diubah dan dimusnahkan.
"Akhbar merupakan antara catatan sejarah yang berharga sehingga ia menjadi koleksi bagi sesetengah pihak untuk disimpan dan dirujuk semula," katanya.
Dalam pada itu, Lee menggalakkan institusi pengajian tinggi dan sekolah melanggan akhbar bagi meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran tatabahasa dalam kalangan pelajar.
Langkah itu, beliau berkata dapat meningkatkan ilmu pengetahuan am dan isu semasa dalam kalangan pendidik dan pelajar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesahihan dan fakta daripada sumber tulen membuatkan akhbar atau media cetak yang wujud sekian lama, masih relevan untuk dibeli dan dibaca oleh masyarakat umum. Foto: Bernama
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
KLWBC2020: Lima kumpulan cerpen terbaik perlu dibaca
ITBM merumuskan lima kumpulan cerpen terbaik dan boleh dibeli secara dalam talian.
Tradisi membaca boleh selamatkan surat khabar - Johan Jaaffar
di negara-negara maju tradisi membaca yang kuat itu menyebabkan akhbar-akhbar utama yang mempunyai kreadibiliti dapat bersaing dengan sosial media.
Akhbar mampu kekang berita palsu - Lee Lam Thye
Biarpun media baharu dikatakan menguasai generasi pembaca masa kini, akhbar sebagai media arus perdana mampu berperanan dalam menangani ancaman berita palsu.
10 1/2 pesan tentang buku
Pesan penyair Ben Okri tentang buku dan membaca.