Pengenalan akta berkaitan gangguan seksual dan profesion kerja sosial merupakan antara keutamaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2020.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual yang mampu melindungi hak dan kehormatan wanita dan merupakan antara janji manifesto Pakatan Harapan, dijangka dibentangkan di Parlimen pada Mac ini.
Beliau berkata antara elemen dalam draf rang undang-undang tersebut adalah definisi gangguan seksual yang menyeluruh, mekanisme pengaduan dan penyelesaian lebih efektif, elemen remedi dan penalti selain mengesyorkan standard pembuktian bersesuaian dan adil bagi semua pihak yang terlibat dalam kes aduan gangguan seksual.
"Pada masa ini terdapat kekangan dalam perundangan sedia ada seperti Akta Kerja 1955 dan Kanun Keseksaan. Sebagai contoh, Kanun Keseksaan tidak mendefinisikan gangguan seksual dengan terperinci dan juga meletakkan beban kepada mangsa untuk membuktikan melebihi keraguan munasabah yang memang amat sukar bagi kebanyakan kes gangguan seksual," katanya.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata demikian dalam satu temu bual khas bersama Bernama dan RTM mengenai hala tuju Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) di pejabatnya di sini.
Menurutnya, RUU itu juga terpakai kepada lelaki dengan mengambil kira gangguan seksual boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki, wanita terhadap lelaki atau wanita terhadap wanita.
Dr Wan Azizah menambah RUU tersebut yang telah mendapat input dan pandangan melalui platform sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan turut mencadangkan penambahbaikan terhadap sistem keadilan sedia ada menerusi penubuhan tribunal khusus untuk mendengar dan menangani kes-kes gangguan seksual.
Dalam pada itu, beliau berkata KPWKM telah menggubal RUU Profesion Kerja Sosial bagi mengiktiraf profesion kerja sosial menerusi penubuhan Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia.
"Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia akan berfungsi untuk mengawal selia profesion kerja sosial melalui pendaftaran dan perakuan amalan pekerja sosial berdaftar, menetapkan piawaian praktis dan pendidikan kerja sosial, menggalakkan pembangunan profesional serta meningkatkan imej profesion kerja sosial di Malaysia," katanya menambah draf RUU itu kini dalam peringkat akhir di kementerian sebelum dikemukakan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk semakan.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata KPWKM akan melancarkan Talian Kasih khas melalui aplikasi WhatsApp esok (30 Jan) bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bisu atau mempunyai kesukaran bercakap membuat aduan melalui aplikasi tersebut.
Tambahnya, Talian Kasih melalui aplikasi WhatsApp juga merupakan pilihan yang lebih murah berbanding membuat panggilan kerana pada ketika ini, hanya syarikat telekomunikasi DIGI yang menawarkan panggilan percuma kepada pelanggan mereka untuk menghubungi Talian Kasih.
Justeru, beliau menyeru supaya syarikat telekomunikasi yang lain dapat menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat di Malaysia dengan memberi talian percuma kepada pelanggan masing-masing untuk menghubungi Talian Kasih 15999.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata Pusat Talian Kasih menerima 25,868 panggilan pada 2019, meningkat 40 peratus berbanding 15,046 panggilan pada tahun sebelumnya, yang menunjukkan masyarakat kini lebih sedar dan peka terhadap perkhidmatan disediakan KPWKM dalam membantu masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 29 2020
Gangguan seksual boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki, wanita terhadap lelaki atau wanita terhadap wanita. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Tiada bukti kukuh, jurulatih para renang dibenar kembali latih atlet - MSN
Dakwaan salah laku seksual membabitkan jurulatih para renang diklasifikasikan sebagai No Further Action (Tiada Tindakan Lanjut) kerana tiada bukti menyokong dakwaan berkenaan.
Dakwaan gangguan seksual di HRPB: Polis tidak terima sebarang laporan daripada mangsa
Polis setakat ini belum menerima sebarang laporan daripada mangsa berhubung dakwaan gangguan seksual serta ugutan, di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Surat layang gangguan seksual: Polis terima lima laporan
Polis Perak menerima lima laporan polis berhubung kejadian penyebaran surat layang gangguan seksual melibatkan seorang doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
KPWKM cadang bangunkan sistem e-pemfailan bagi mangsa gangguan seksual salur aduan
KPWKM bercadang membangunkan sistem e-pemfailan (e-filing) yang membolehkan lebih ramai mangsa gangguan seksual yang berada di luar Putrajaya memfailkan aduan kepada Tribunal Antigangguan Seksual.
Gangguan seksual: Polis minta doktor pelatih tampil buat laporan
Tindakan itu adalah bagi memastikan kes berkenaan dapat disiasat dengan telus dan berlandaskan perundangan.
Doktor buat laporan polis isu tuduhan gangguan seksual
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, pihaknya menerima laporan tersebut dari pengadu warga tempatan berusia 43 tahun itu pada Sabtu.
Doktor pelatih dakwa terima gangguan seksual diminta buat laporan polis
A Sivanesan berkata, setakat ini pihaknya dimaklumkan tiada sebarang laporan dibuat mangsa sekali gus menyukarkan siasatan dijalankan.
JKN Perak mulakan siasatan berhubung dakwaan doktor lakukan gangguan seksual di HRPB
Satu surat layang diterima pihak JKN Perak melalui pos pada 28 Februari lepas, dan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 29 Februari.