Kerajaan berharap akan membentangkan rang undang-undang pembiayaan politik dalam penggal ini untuk memantau kegiatan pembiayaan politik di dalam negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.
Bagaimanapun, beliau berkata tiada kerangka masa dapat diberikan mengenai proses menggubal undang-undang itu.
"Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi saya percaya kami akan membentangkannya dalam penggal ini.
"Sudah pasti kami perlu mendapat persetujuan Perdana Menteri. Bagaimanapun Tun (Dr Mahathir Mohamad) telah bersetuju dari segi prinsipnya, saya tidak fikir ia akan menjadi satu masalah," kata beliau pada Sidang Kemuncak Antirasuah 2018 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata rang undang-undang pembiayaan politik itu masih menunggu giliran kerana ada banyak lagi undang-undang yang juga perlu diberi keutamaan
"Saya diberitahu oleh Peguam Negara terdapat banyak undang-undang untuk didraf jadi mereka perlu memberi keutamaan kepada undang-undang yang penting dahulu... tidak bermakna undang-undang lain tidak penting tetapi kami perlu memberi keutamaan kepada undang-undang yang perlu dipinda dan dimansuhkan," katanya.
Sidang kemuncak sehari bertemakan "Tadbir Urus Baik dan Integriti untuk Pertumbuhan Mampan Perniagaan" dianjurkan oleh Transperancy International Malaysia (TI-M).
Ia dihadiri kira-kira 500 peserta dan beberapa penceramah tempatan dan antarabangsa, termasuk Presiden TI-M Datuk Seri Akhbar Satar, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dan penasihat pencegahan rasuah UNODC-Asia Tenggara dan Pasifik Francesco Checchi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 30 2018
Mohamed Hanipa berkata rang undang-undang pembiayaan politik itu masih menunggu giliran kerana ada banyak lagi undang-undang yang juga perlu diberi keutamaan. - Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.
MAFI bercadang wujud akta khusus untuk benih dan baja
Cadangan itu antara beberapa perkara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah pada Jumaat.