Kegiatan pendakian, perkhemahan dan merentas hutan yang dibenarkan bermula 15 Jun ini, hanya untuk kunjungan 'balik hari' sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi 20 orang.
Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Yussainy Md Yusop berkata pihaknya perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan virus COVID-19.
Katanya, mereka yang memasuki hutan berkemungkinan sudah dijangkiti virus itu dan jika jatuh sakit atau menunjukkan gejala seperti demam ketika dalam hutan, ia membahayakan pasukan penyelamat.
"Mereka (penyelamat) terpaksa buat persiapan rapi termasuk menyediakan set lengkap pakaian pelindung diri (PPE) semata-mata mahu menyelamatkan orang dalam hutan yang kita tidak tahu apa simptom sebenar pesakit itu," katanya kepada Bernama.
Mohd Yussainy berkata pengunjung masih mempunyai pilihan lain untuk melakukan aktiviti berkenaan yang tidak memerlukan mereka bermalam di trek tidak terlalu jauh seperti Gunung Irau dan Mossy Forest, Cameron Highlands serta Gunung Ledang, Johor.
Menurut beliau, aktiviti air seperti mandi di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula hari ini.
Malah, aktiviti sukan lasak seperti motorcross, ATV, mountain bike, rock climbing, paragliding serta aktiviti tali seperti abseiling dan wall climbing juga dilarang sama sekali.
"Penganjuran kem motivasi dan summer camp di mana penganjurnya adalah persatuan rekreasi atau syarikat motivasi yang menggunakan kemudahan dalam hutan simpanan kekal juga adalah dilarang sama sekali.
"Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri boleh mepertimbangkan pertambahan senarai aktiviti yang dibenarkan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 10 2020
Peminat aktiviti luar masih boleh melakukan aktiviti yang tidak memerlukan mereka bermalam di dalam hutan atau tapak perkemahan. Gambar fail
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jokowi lawat kawasan pembangunan Nusantara, bermalam dalam khemah
Penyemburan asap untuk mencegah malaria, taburan garam untuk menghindar haiwan melata dan antibisa ular disediakan di lokasi bermalam.
Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.
Aktiviti 'jungle trekking', pendakian, perkhemahan tidak dibenarkan bermalam
Kegiatan pendakian, perkhemahan dan jungle trekking dalam hutan yang dibenarkan mulai 15 Jun ini, hanya untuk lawatan balik hari sahaja dan dilakukan dalam kumpulan tidak melebihi daripada 20 orang.