Kegembiraan lima sahabat untuk menghabiskan cuti persekolahan Deepavali dengan memancing dan bermandi-manda berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka di khuatiri lemas.

Kejadian berlaku di Kampung Seberang Tuan Chik, Kuala Terengganu kira-kira jam 2.30 petang Selasa.

Mangsa Daniel Danish Mohd Jasmin,14 tahun, dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama tiga lagi rakannya yang lain.

Menurut rakan mangsa, Muhammad Safin Aiman Ropu pada mulanya mereka hanya bercadang untuk memancing sebelum mangsa mengajak untuk mandi.

Katanya, ketika mandi mangsa semakin ke tengah sungai sebelum dikatakan gagal berpatah balik ekoran arus kuat.

“Pada mulanya mengail (memancing) saja, lepas tu dia ajak mandi.

"Lepas Pahtu lama dengar dia mintak tolong pahtu gi dang pegang sikit dok dang selamat dia pahtu dia tenggelam.. Tenggelam dok tahu duk cakap2 lepas tu telefon bomba,” ujar Muhammad Safin

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima maklumat seramai 14 kekuatan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa diperluaskan pada jarak 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.