Penduduk di Pulau Pinang dibenar untuk menjalankan aktiviti sukan ringan bermula 13 Mei ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Soon Lip Chee.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata pelaksanaan aktiviti sukan itu perlu bersandarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti diputuskan dalam fasa 'Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang' pada 4 Mei lepas.
"Aktiviti sukan yang dibenarkan adalah seperti badminton dan tenis di kawasan terbuka, joging secara individu dengan penjarakan sosial sejauh dua meter, berbasikal secara individu dengan penjarakan sosial sejauh lima meter dan golf sahaja," katanya.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan daripada beberapa agensi berkaitan seperti Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang.
"Kerajaan negeri telah memutuskan bahawa semua stadium dan kompleks sukan di bawah kendalian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kekal ditutup bagi kegunaan orang awam.
"Stadium dan kompleks sukan terlibat yang tidak akan dibuka adalah Stadium Bandaraya; Kompleks Sukan Balik Pulau; Kompleks Sukan Bandaraya Relau; Kompleks Sukan dan Rekreasi Bertam; Kompleks Sukan dan Rekreasi SONY; Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Stadium Negeri Batu Kawan dan semua balai rakyat," katanya.
Beliau berkata semua tempahan dan sewaan kompleks sukan, stadium dan padang awam juga masih tidak akan diterima manakala taman rekreasi awam akan kekal ditutup, termasuk Taman Botani, Taman Bandaraya (Youth Park), Taman Metropolitan, Empangan Air Itam dan Empangan Mengkuang.
Katanya lagi, aktiviti mendaki bukit di dalam kawasan bukit, taman rimba atau hutan simpanan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan adalah tidak dibenarkan selaras dengan arahan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
"Orang awam dibenarkan untuk menggunakan taman-taman kejiranan dan Pocket Park yang berdekatan di kawasan perumahan masing-masing bagi aktiviti berjoging dan kecergasan ringan sahaja secara individu tanpa melibatkan aktiviti kumpulan dan dikehendaki mematuhi penjarakan sosial sekurang-kurangnya dua meter bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 malam sahaja," katanya.
Beliau berkata orang awam yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selesema dilarang untuk mengunjungi taman rekreasi dan padang awam.
Dalam pada itu, Soon berkata bagi program latihan atlet negeri yang akan mewakili negeri Pulau Pinang ke Sukan Malaysia ke-20 Johor (Sukma 2020) di bawah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dibenarkan melakukan latihan secara berperingkat bermula 13 Mei.
"Permulaan latihan secara berperingkat melibatkan dua fasa di mana Fasa Peringkat Pertama akan bermula pada 13 Mei ini dan Fasa Peringkat Kedua akan bermula pada 1 Jun ini berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 07 2020
Penduduk di Pulau Pinang dibenar untuk menjalankan aktiviti sukan ringan bermula 13 Mei ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Soon Lip Chee. - Gambar Fail
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.