KUALA LUMPUR: Mempercayai prinsip bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk kebaikan dan manfaat orang lain akan menambah rezeki si pemberi membuatkan Chandramogan Jasingo tidak pernah lokek untuk memberi sumbangan.
Rezeki yang diterimanya juga lazimnya dikongsi kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira latar agama, bangsa, keturunan atau kelas masyarakat.
Justeru, tidak hairanlah kenapa Chandramogan atau lebih mesra disapa Chandra turut menunaikan ‘tanggungjawab’ membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan.
Berusia 40 tahun, dia yang juga penganut agama Hindu mula menyalurkan pembayaran fitrah melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 10 tahun lalu.
Tidak hanya melunaskan pembayaran fitrah, Chandra, juga tidak terlepas daripada mengeluarkan zakat harta benda setiap tahun.
Kata pengurus di sebuah syarikat insurans itu, kepayahan dan kesulitan hidup yang pernah dilaluinya suatu masa lalu menjadi titik permulaan padanya untuk memahami konsep serta nilai yang ada di sebalik pembayaran zakat fitrah.
Menurut Chandra, pengalaman silam benar-benar mengajarnya keperitan hidup dalam serba kekurangan.
“Hidup saya dulu bukanlah senang sebab itu saya sangat faham macam mana kehidupan sebagai orang susah.
“Saya juga dibesarkan di persekitaran budaya orang Melayu dan agama Islam, jadi agama Islam dan budaya orang Melayu bukan perkara asing dalam kehidupan kami sekeluarga,” ujar Chandra yang fasih berbahasa kebangsaan dalam perbualan dengan Astro AWANI pada Rabu.
Kesediaan Chandra secara sukarela membayar zakat fitrah dan harta juga selepas dia memahami bahawa bukan sahaja agama Islam, bahkan kepercayaan-kepercayaan lain juga sentiasa menuntut penganutnya berbuat baik sesama manusia.
Chandra yang masih bujang memberitahu dia pernah membaca buku mengenai sejarah agama Hindu, Islam serta Budha dan melalui bacaan itu, banyak hal mengenai setiap kepercayaan itu diketahuinya.
“Saya juga baca apa yang terkandung dalam hadis dan saya rasa kesemuanya menyuruh kita untuk membantu orang yang susah.
“Tidak rugi kalau kita berbuat baik atau tolong orang lain… percayalah Tuhan akan menambah rezeki kita dalam setiap sedekah, derma atau bantuan kita pada orang lain, yakinlah,” kata Chandra yang tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana rezeki yang dipanjangkan kepadanya tidak pernah putus.
Berdasarkan bacaan dan pemahamannya juga, Chandra sentiasa meningatkan dirinya bahawa dalam setiap rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap manusia, ada sebahagiannya milik orang lain.
“Kita kena ingat bahawa setiap rezeki yang kita perolehi itu bukan 100 peratus milik kita… di dalamnya ada bahagian hak orang lain.
“Jadi jangan takbur dengan harta-harta yang kita ada, itu semua Tuhan bagi pinjam pada kita sahaja dan Dia akan ambil (bila-bila masa) jika Dia mahu,” kata Chandra memberi takrifan pada maksud rezeki yang ditakdirkan pada setiap manusia.
Mengambil tanggungjawab membayar zakat fitrah dan harta juga, kata Chandra yang membesar di Kuala Ketil, Kedah adalah kerana berpegang pada nasihat ibunya yang tidak pernah putus berpesan agar sentiasa membantu orang lain yang dalam kesusahan apabila sudah berjaya.
“Dulu saya kerja kilang selama 10 tahun, bawa kereta Proton Saga model 1985, kadang-kadang kereta tersadai di tepi jalan sebab saya tak mampu nak isi minyak,” kata penggemar lagu-lagu ‘rock kapak’ Melayu era 90-an
Itu sambil mengenang kisah sedihnya.
Usai melunaskan pembayaran fitrah pada hari kedua Ramadan, Chandra berkongsi resit pembayaran itu di akaun media sosialnya diringi kapsyen yang menyentuh hati sebilangan besar netizen.
“Syukur Alhamdulillah masih bernyawa menunaikan tanggungjawab sebagai salah seorang umat di muka bumi,” demikian nota yang mengiringi gambar yang dikongsi Chandra di akaun Facebooknya.
Kecenderungan Chandra juga sering berkongsi pelbagai potongan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis serta nasihat di akaun Facebooknya juga sering mendapat pujian warganet.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Apr 14 2021
Chandra sentiasa meningatkan dirinya bahawa dalam setiap rezeki yang Tuhan berikan kepada setiap manusia, ada sebahagiannya milik orang lain. - Gambar Facebook Chandra EG Empiree
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Biarlah dia menyumbang, tiada isu pun bukan Muslim bayar zakat - Dr Maza
Ada komen netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia dan tidak perlu memandangkan zakat adalah untuk orang Islam dan orang bukan Islam tidak seharusnya turut terlibat.
"Aku bukan Muslim, tapi aku tak pernah lupa bayar zakat harta, fitrah" - Chandra
Sudah 10 tahun, Chandra tidak pernah lupa untuk membayar zakat fitrah setiap kali tibanya bulan Ramadan.