Aku janji Barisan Nasional (BN) Selangor untuk membayar 20 sen kepada pengguna yang membawa beg sendiri sewaktu membeli-belah di kedai atau pasar raya sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) disambut baik daripada rakyat Selangor yang ditemui.
Pesara kerajaan, Kamsiah Said, 62, menyifatkan caj 20 sen bagi setiap beg plastik yang dikenakan kerajaaan pakatan pembangkang ke atas rakyat Selangor bertujuan mengurangkan penggunaan bahan plastik yang mencemarkan alam sekitar dilihat kurang berkesan.
"Caj 20 sen yang dikenakan kepada pembeli yang (menggunakan beg plastik kedai atau pasar raya) kerana tidak membawa beg sendiri, saya lihat kurang berhasil kerana tidak semua orang akan bawa beg plastik sendiri ketika membeli barang.
"Seperti saya sendiri kadang-kadang pada satu-satu masa kita secara kebetulan singgah di kedai untuk beli barang dan waktu itu pula tidak bawa plastikā¦jadi terpaksa kita bayar lebih 20 sen kepada pekedai," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, bagaimanapun, jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.
Aku janji itu diumumkan Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar menerusi manifesto yang dilancarkan parti itu pada 8 April lepas, di bawah inisiatif Kesihatan Berkualiti dan Kelestarian Alam Sekitar.
Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena setiap hari bagi semua pusat komersial utama mulai 1 Jan, 2018 selepas dilaksanakan pada setiap Sabtu sejak 2010.
Bagaimanapun, bagi pengguna yang ingin menggunakan beg plastik disediakan pasar raya, mereka dikenakan bayaran tambahan 20 sen bagi setiap beg plastik.
Pengguna yang mahu dikenali sebagai Azrun, 34, pula berpandangan langkah BN Selangor itu adalah tepat sekali gus mampu mendidik rakyat supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan harian.
"Langkah kerajaan Selangor sekarang yang mengenakan caj 20 sen untuk satu beg plastik bagi rakyat yang kurang mampu pada saya perkara itu agak besar.
"Bayangkan jika 100 orang bayar 20 sen sehari atau 100 orang bayar 20 sen selama 100 hari, berapa kerajaan negeri akan untung? Sedangkan sehelai beg plastik kosnya tak sampai 20 sen pun," katanya.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin gagal menjelaskan secara terperinci kepada rakyat Selangor ke mana perginya hasil kutipan 20 sen yang dicaj peniaga ke atas pengguna bagi setiap beg plastik.
"Apabila BN Selangor memperkenalkan pendekatan sebaliknya (dalam manifesto BN Selangor bagi PRU14) ia ternyata akan menguntungkan rakyat kerana mereka akan dibayar atas usaha membawa beg mereka sendiri," katanya.
Pemilik kedai serbaneka, M.Kumares, 49, turut mempunyai pandangan senada dan menyifatkan caj 20 sen yang akan dibayar kepada pengguna sekiranya membawa beg sendiri ketika membeli barang di kedai, pasti memberi kesan positif dalam mengurangkan penggunaan plastik.
"Sebenarnya, saya sendiri tidak mengenakan sepenuhnya caj 20 sen itu kepada pembeli, sebab saya ada ramai pelanggan tetap daripada golongan kurang berkemampuan.
"Apabila ada yang datang beli barang dengan kuantiti yang banyak selalunya saya akan bagi kotak terpakai untuk memudahkan mereka bawa pulang barang yang dibeli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 02 2018
Caj 20 sen yang akan dibayar kepada pengguna sekiranya membawa beg sendiri ketika membeli barang di kedai, dijangka memberi kesan positif dalam mengurangkan penggunaan plastik. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Caj perkhidmatan 20 hingga 40 sen bagi pembelian dalam talian - Zahidi
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000.
Aku janji BN bayar 20 sen kepada pengguna bawa beg sendiri disokong
Jika pengguna dibayar 20 sen ketika membeli barang keperluan, langkah itu dapat menggalakkan mereka untuk membawa beg sendiri ketika membeli-belah supaya dapat mengurangkan penggunaan beg plastik.
Mana duit 20 sen kami? - PEKA dakwa kempen bebas plastik gagal
PEKA tidak menerima satu sen daripada mana-mana syarikat yang mendakwa akan menyumbangkan wang kutipan beg plastik kepada NGO dan aktivis.