Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila seorang tukang masak yang dijatuhi hukuman penjara 15 bulan bagi kesalahan mencabul seorang murid lelaki tiga tahun lepas, tiba-tiba menjerit.
Sebaik keputusan dibacakan Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tertuduh Mohd Yunus Hassan, 53, turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu.
"Aku bersumpah aku tak buat, apa akan jadi pada anak-anak aku, aku malu," jerit bapa kepada enam orang anak itu sebelum ditenangkan oleh tiga anggota polis.
Semasa menyampaikan keputusannya, hakim berkata hukuman penjara sehari diputuskan Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas terhadap Mohd Yunus adalah tidak memadai.
Mahkamah tidak boleh memaafkan perbuatan tertuduh yang melepaskan nafsu ke atas kanak-kanak lelaki, katanya selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling yang berhujah bahawa hukuman penjara sehari itu tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.
Hakim Che Mohd Ruzima dalam pada itu mengekalkan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu yang dikenakan Mahkamah Majistret ke atas tertuduh.
Mohd Yunus didakwa mencabul budak lelaki berusia 12 tahun itu tanpa kerelaan di tandas lelaki sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung, kira-kira 3.30 petang, pada 18 Nov 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam M. Kathan yang mewakili tertuduh, meminta mahkamah mengekalkan hukuman penjara sehari itu kerana anak guamnya perlu menanggung isteri dan enam anak, menghidap kencing manis kronik serta mengalami tekanan jiwa sejak menghadapi pertuduhan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017
Tertuduh turut rebah di luar kandang pesalah sambil menjerit menyatakan dia tidak melakukan kesalahan itu. - Gambar hiasan
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera
Kedua-dua pegawai, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.
Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.
Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.
Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis
Muhammad Akhtar membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret.
Pembantu juruselam ditahan cabul pelancong ketika selam skuba
Kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.