Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bersyukur dengan keamanan, kesejahteraan serta pencapaian negara keseluruhannya.
Titah baginda, hasil daripada tadbir urus negara yang baik, kedudukan ekonomi dan kewangan Malaysia kekal kukuh dan berdaya saing meskipun berhadapan dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi.
Ia termasuk kesan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China serta kejatuhan harga komoditi utama.
Titah Al-Sultan Abdullah, perkembangan geopolitik antarabangsa juga semakin kompleks.
“Beta menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan kerangka dasar luar Malaysia baharu dan inisiatif-inisiatif untuk terus memelihara dan mempertingkat hubungan baik dengan negara-negara di seluruh dunia tanpa kompromi terhadap isu-isu kedaulatan negara.
“Pada tahun lalu, ekonomi negara telah berkembang sebanyak 4.7 peratus dengan dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta.
“Manakala jumlah perdagangan pula mencatatkan nilai sebanyak RM1.9 trilion dan hutang luar negara juga kekal terurus,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan menyampaikan titah diraja selepas merasmikan istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 pada Isnin.
“Dalam hal ini, beta menyambut baik kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dan Belanjawan 2019 yang telah mengambil kira aspirasi rakyat dan cabaran semasa supaya manfaat pertumbuhan ekonomi dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.
“Beta menyeru semua pihak, khususnya sektor swasta agar berganding bahu dengan kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara dan seterusnya membawa malaysia menjadi sebuah negara yang lebih disegani di persada antarabangsa,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan menyampaikan titah diraja selepas merasmikan istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 pada Isnin.
Ini merupakan ucapan sulung baginda sejak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan tahun ini.
Sahlizah Mohamed
Mon Mar 11 2019
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menyampaikan titah diraja selepas merasmikan istiadat pembukaan persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua, Parlimen Ke-14 pada Isnin. Foto Astro AWANI
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Pasca PRU15: Tiada MP BN sokong Muhyiddin dilantik PM10 - Zambry
Tiada ahli parlimen BN yang yang telah memberikan sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10, kata setiausaha agungnya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Agong jalani prosedur pemeriksaan kesihatan susulan di IJN
Menurut kenyataan itu, kesihatan Baginda berada secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
PRU15: Agong ingatkan jangan fitnah, provokasi semasa kempen
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru calon-calon dan penyokong parti politik yang akan bertanding pada PRU15 mengamalkan pendekatan berhemah kelak.
Agong titah agar kesucian agama sentiasa dipelihara, dihormati
Baginda menuntut agar kesucian semua agama untuk sentiasa di pelihara dan dihormati pada sebilang masa.
1 Ogos diisytihar cuti umum di Pahang
Hari Kelepasan Am itu adalah sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet yang berlangsung menerusi sidang video.
Akta A1642 berkaitan Sabah, Sarawak berkuat kuasa hari ini - Wan Junaidi
Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan agar Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 atau Akta A1642 berkuat kuasa pada hari ini (11 Februari).
Agong, Raja Permaisuri santuni orang ramai, peniaga
Seri Paduka Baginda berdua sebelum itu singgah di restoran tersebut ketika dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin
Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan tersebut memandangkan tiada di antara mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan pertemuan tersebut setakat ini.
Agong berkenan terima panggilan telefon Presiden Turki, zahir keprihatinan berhubung isu Palestin
Antara intipati perbincangan ialah hubungan dua hala serta serangan Israel yang mensasarkan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.