Alami tekanan kewangan, Najib Razak mohon sumbangan

Alami tekanan kewangan, Najib Razak mohon sumbangan
Najib dalam satu entri di Facebooknya mengakui mengalami tekanan kewangan akibat kos guaman dan ikat jamin yang tinggi.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menerusi satu kenyataan yang dimuat naik anaknya Nooryana Najwa memaklumkan mengenai satu Tabung Solidariti 2.0 DSN yang diwujudkan bagi membantu meringankan beban Bekas Perdana Menteri itu dan keluarganya.

Najib dalam satu entri di Facebooknya mengakui mengalami tekanan kewangan akibat kos guaman dan ikat jamin yang tinggi iaitu mencecah jutaan ringgit (anggaran RM7 juta).

“Setakat ini, kami memperoleh pertolongan dari sahabat terdekat dan saudara-mara yang tampil ke depan untuk menolong tetapi jika boleh, kami tidak mahu membebankan mereka lagi.
“Jika tak keterlaluan, sudilah jika ada kalangan saudara dan saudari yang ingin membantu dengan turut menyumbang ke tabung ini,” tulisnya.

Tabung berkenaan menurutnya merupakan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Belia Sejagat dalam usaha membantu Ahli Parlimen Pekan itu

Pada 20 September lalu Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion.

Manakala isterinya,  Datin Seri Rosmah Mansor didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 




 


Tag: Najib Razak, NGO, Tabung Solidariti 2 0 DSN


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.