Tutup

Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan

Allahyarham Dr Md Farid selamat dikebumikan
Jenazah sebelum ini dibawa ke kediaman ibunya dekat Kampung Serkat Laut, Pontian pukul 3 petang sebelum solat jenazah di Masjid Noh Gadut petang tadi. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Jenazah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Hj Ahmad Kampung Chokoh, Pontian pukul 5.05 petang tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 6 pagi tadi ekoran masalah komplikasi jantung.

Jenazah sebelum itu dibawa ke kediaman ibunya dekat Kampung Serkat Laut, Pontian pukul 3 petang sebelum solat jenazah di Masjid Noh Gadut petang tadi.

Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai sebelum ini dikatakan sempat menyampaikan pesanan terakhir kepada penduduk setempat di Tanjung Piai dalam program di Pontian Jaya malam tadi.
BACA: 'Itu kehendak Allah' - Ibu Md Farid reda pemergian anak sulung

BACA: Bersatu jangan bercakaran sesama sendiri, pesanan terakhir Dr Md Farid
BACA: Tun Dr Mahathir zahirkan ucapan takziah kepada keluarga Dr Md Farid

Dalam ucapannya itu beliau berpesan dan berharap agar masyarakat di Tanjung Piai bersatu padu dan jangan bertelagah sesama sendiri.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.



Tag: Allahyarham, Dr Md Farid Md Rafik, selamat dikebumikan, serangan jantung, komplikasi jantung, Pontian Jaya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.