Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan dan Sabah diramal berterusan sehingga Isnin depan.

Dianggarkan angin bertiup kencang pada kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam diikuti ombak setinggi 3.5 meter.