Tutup

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Ahad
Angin kencang Timuran dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat Palawan, Tioman, barat Labuan, Reef South dan Bunguran sehingga Ahad ini. - Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Angin kencang Timuran dengan kelajuan melebihi 60 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter dijangka melanda perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, barat Palawan, Tioman, barat Labuan, Reef South dan Bunguran sehingga Ahad ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, situasi sama turut dijangka berlaku di perairan Labuan, pedalaman dan pantai barat Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor Timur.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, angin kencang Timuran berkelajuan 50 hingga 60 km/j dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan timur Samui sehingga Ahad ini.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, angin kencang Timuran dengan kelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan barat Samui dan Sulu sehingga Ahad ini iaitu keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

-- BERNAMA